Thursday, 26 July 2012

Doa Pelembut Hati

Apa korang buat bila "KECIL HATI" dengan seorang KAWAN? 
Dalam persahabatan banyak perkara yang berlaku samaada yang manis mahupun yang pahit. 
Bukan semua orang boleh menjadi kawan yang baik dan bukan semua orang mendapat kawan yang baik. Aku tahu , aku pun banyak buat kawan-kawan aku "KECIL HATI". 
Maaf la kepada kawan-kawan yang pernah aku kecilkan hatinya. 
Kadang kala kita tak sedar yang kita telah membuatkan kawan kita kecil hati. Maafkan aku wahai sahabat ~


Maksudnya :

1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam diatas 'Arasy. 
-----------------------------------------------

p/s: Doa pelembut hati ni boleh la diamalkan oleh diri sendiri terutama jika anda seorang yang pemarah & cepat terasa . . . 
lembutkan hati anda dengan doa. InsyaAllah

##  Bersih kan hati dari segala apa pun. 
InsyaAllah hati rasa tenang semula.

No comments:

Post a Comment