Showing posts with label B2B. Show all posts
Showing posts with label B2B. Show all posts

Tuesday, 4 September 2012

WedDiNg CouNTdoWn




tak sangka lagi 3 bulan je dah nak tawen  
masa sangat pantas berlalu kan
masa tunang aritu rasa mcm lambat je lagi nak tawen
ni tup2 tinggal 3 bulan je lagi
 so far, alhamdulillah...hampir 80% barang-barang dah siap dibeli
tinggal tunggu kerajinan utk DIY je (@__@)
tolonglah jangan malas-malas ye aien
target nak siapkan semua (doorgift, bunga telur,dll) dlm bln okt & nov

sekarang ni nk sttel kan borang nikah dan segala bagai dokumen yang diperlukan utk nikah nanti
almaklumlah sy ni anak yatim n adik beradik lelaki pun xde so tpakse la mengadap bapak sedara untuk wali kan nnt. . . hope segala urusan bejalan dgn lancar, amin (=__~)

p/s : kalo xnk wat HIV test tu blh x ? kite takut la kene amek darah (=___=)

Sunday, 15 July 2012

pRe-ReViEw ~ HaNTaRaN

pic ehsan dari mr.gugel

dari EN.TUNANG :
1. mas kahwin & gelang
2. sireh junjung
3. kasut DONE!!
4. jam tangan   DONE!! 
5. kain pasang (mama beli dari medan) DONE!!
6. perfume
7. gajet
8. sireh junjung - To be confirmed
9. cake - To be confirmed

pic ehsan dari mr.gugel

dari CIK TUNANG :
1. cincin   
2. perfume 
3. handbag DONE!!
4. kasut  DONE!!
5. jam tangan DONE!!
6. al-quran / tafsir  DONE!!
7. kemeja & jeans   DONE!!
8. wallet & belt  DONE!!
9. sireh junjung
10. gajet - To be confirmed
11. bunga rampai / potpourri - To be confirmed


to decorate by : gubahan profesional from aunty jue a.k.a aunty mr.fiance
total cost :  utk dua2 belah pihak (brng hiasan + idea + upah gubah) RM500

Sunday, 17 June 2012

TiPs mEnCaRi d0oR GiFt

Salam
Doorgift / wedding favor seolah2 menjadi main items dalam sesebuah majlis perkahwinan sebab ia antara barangan yg ‘wajib’ dibawa pulang oleh tetamu & semestinya menjadi tanda ingatan tulus ikhlas dari pengantin sekeluarga. 

Jadi pemilihan jenis barangan / item yg ingin diberikan agak memeningkan kepala ditambah lagi dgn persepsi & mentality masyarakat terhadap sesebuah majlis diukur berdasarkan doorgift / wedding favor ini (=_~)




Disini saya nak share beberapa tips / factor dalam pemilihan doorgift / wedding favor
hope dapat dikongsi bersama dengan B2B


Tips memilih doorgift / wedding favor


1. Makanan atau cenderamata 

- haruslah tentukan kamu nak bagi apa.. makanan or barangan atau kedua-duanya sekali. Kalau nak bagi makanan, kebiasaanya dari jenis pencuci mulut & tahan lama. Kalau nak bagi barangan, biarlah yg cantik & boleh disimpan lama sebagai hiasan atau boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

2. Budget
- Perkara yg perlu dipertimbangkan dalam semua hal termasuklah bab doorgift ini.


3. Kumpulan Sasaran

- mungkin kamu bercadang untuk membuat beberapa kategori doorgift mengikut kumpulan sasaran.. paling biasa, utk dewasa lain, utk kanak2 lain. Atau mungkin utk VVIP, VIP, rombongan sebelah, kanak2, dewasa..semua berlainan jenis.

- Tapi adalah disarankan supaya memberi sama jenis bagi mengelakkan tetamu berasa kecil hati & wujud double standard.


4. Vendors/ Source

- Bila dah tetapkan jenis barangan ape atau makanan ape, maka langkah seterusnya adalah mencari vendors / source bagi mendapatkan barangan tersebut. Bagi yg gigih, mungkin boleh DIY from A to Z, DIY sikit2 utk tambahan & mencantikkan lagi.

- Senaraikan beberapa vendors yg membuat produk yg sama seperti yg kamu inginkan & bandingkan harga utk mendapatkan budget yg terbaik 


5. Praktikal

- Fikirkan tentang practicality jenis doorgift kamu.. contohnya jika kamu memilih majlis dgn RSVP / Registration yang semua tetamu telah ditetapkan table & seating, maka adalah praktikal jika kamu memilih doorgift yg cantik dihias disetiap meja. Bila cantik di display macam ni, ia dah jadi sebahagian dari table decoration.. mungkin sebagai ganti kepada centerpiece. Kan?


- Tapi, jika majlis kamu adalah berdasarkan free seating & buffet, eloklah memilih doorgift yg berpenutup & senang dipegang. Lagi2 jika doorgift itu diletakkan dimeja buffet & tetamu ambil sewaktu ambil nasi sekali..kan susah kalau tak berpenutup..tergolek2 pulak isi dalam bekas doorgift kamu tu..ingat, tangan ada dua je..mane nak pegang pinggan, jg doorgift tak tergolek, dgn pegang gelas minuman lagi.penuh tangan..

- Tapi kalau kamu ada dayang2 kenit tukang bagi2 kan doorgift pada tetamu pada setiap meja, mudahlah jugak jika doorgift tak berpenutup pun ok..


Ini adalah faktor2 yg saya ambil kira semasa menentukan jenis doorgift yg ingin diberi kepada tetamu. Tak seberapa pun..bukanlah tips dari yg pakar..hanya berdasarkan pemerhatian sendiri.. 
Jika kamu ada lagi tips2 yang lain, bolehlah share2 diruangan komen..

harap ini dapat membantu B2B.. 

(^_^)

Monday, 30 April 2012

TiPs PeRaNCaNGaN PeRKaHWiNaN

Untuk memudahkan bakal pengantin membuat persiapan, perlu ada perancangan yang teliti dan rapi agar majlis dapat berlansung dgn lancar. 
Di sini saya paparkan panduan yang mudah utk bakal mempelai membuat perancangan majlis perkahwinan mereka.

Sharing is Caring (^_^)

12 BULAN SEBELUM
* Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu nikah.
* Mengatur bajek yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.
* Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel,dewan atau rumah.
* Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau buffet.

11 BULAN SEBELUM
* Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
* Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan.
* Mengintai-intai pakaian perkahwinan.
* Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dan lain-lain.

10 BULAN SEBELUM
* Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara.
* Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis.
* Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajek.

9 BULAN SEBELUM
* Mengumpul nama tetamu.
* Pilih katering atau masak sendiri, Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakan kesulitan di masa akan datang.
* Pilihan jurufoto & juruvideo.

8 BULAN SEBELUM
* Menempah lokasi dan tarikh majlis, (Khusus untuk dewan & hotel)
* Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir.

7 BULAN SEBELUM
* Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori.
* Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin.
* Memilih jurusolek.

6 BULAN SEBELUM
* Mula menempah kad perkahwinan.
* Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam.
* Menjalani ujian darah/HIV.

5 BULAN SEBELUM
* Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit,menyedang pakaian)
* Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan,kek pengantin,bunga pegang, penghias majlis)
* Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri.

4 BULAN SEBELUM
* Pilih cincin kahwin.
* Menyiapkan gubahan hantaran(sama ada membuat sendiri atau menempah)

3 BULAN SEBELUM
* Memastikan kelengkapan P.A sistem lengkap seperti deejay, iringan lagu dan sebagainya.
* Mengaturkan penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.

2 BULAN SEBELUM
* Menulis dan mengutus kad perkahwinan kepada tetamu.
* Bersama bakal pasangan menyedang pakian supaya nampak anggun di hari bersejarah.
* Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel atau dewan)

SEBULAN SEBELUM
* Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu,sauna)
* Pastikan cincin dalam ukuran yang betul.
* Pastikan segala tempahan pelamin, juru solek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar.
* Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara dan kasut.
* Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda.Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik.

3 MINGGU SEBELUM MAJLIS BERLANSUNG
* Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar.
* Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis.

SEMINGGU SEBELUM
* Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan.
* Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
* Hindari konflik, tenangkan hati.

DI HARI PERKAHWINAN
* Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan.
* Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari.
* Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.

Monday, 19 March 2012

tO Do LiSt

to do list setakat Mac 2012
alhamdulillah 

  • Solemnization
~ decide theme : white + Grey
~ book attires :  by  Davency Wedding 
~ book MUA : by  Davency Wedding
~ book photographer :  by  Davency Wedding  
~ book videographer : in progress

  • Mrs. Fiance Reception
~ decide theme : Tiffany blue + Pink + Lavender  
~ book MUA & Pelamin :  by  Davency Wedding
~ book attires :  by   Davency Wedding  
~ book photographer : by  Davency Wedding   
~ wedding card : in October 2012  by  Gedung Kad Kahwin
~ hantaran : 40% in progress
~ doorgift : in progress

  • Mr. Fiance Reception 
~ decide theme :  Dark Purple + Mauve Pink + Grey
book MUA & Pelamin  :  by Davency Wedding
~ book attires :   by Davency Wedding
~ book photographer :  by Davency Wedding
~ hantaran : 40% in progress 
~ wedding card : in October 2012  by Gedung Kad Kahwin
~ doorgift in progress


FYI aku amek pakej lengkap dari Davency Wedding ni coz aku dpt offer best price mase g pameran penggantin tempoh hari. . . lagi pun senang kot amek pakej lengkap terus, coz xde la aku pening n serabut dgn bnyk orng utk settel kan payment n deal hal2 berkaitan. . . kalo satu mcm ni senang aku settel sume hal dgn dia sorang je kan (^_^)

"ya allah.... ya tuhanku...semoga engkau mempermudahkn segala urusan persiapan perkahwinanku ini ya allah.....amin...." 

Friday, 2 March 2012

saBTu kAMi ♥

fuuuhhhh lame nye aku x update blog
sory ehh kengkawan
bkn xde story tp kekangan mase la
FYI aku kene tanggung kerje ofismate cuti belajar
errmmm, tp x la busy dgn keje tu sngt pun tp busy dgn 5S n kerja2 yg diarahkan dari mase ke semasa
(pooiiihhh, mcm org penting sngt je kan)

ok2, meh aku cite pasal hari sabtu kiteorng hari tu
sabtu pg2 mcm bese settel kan keje umah
then dlm kol 10pg kuar g pandan indah utk servis keter mummy
dlm kol 11 mcm tu Mr.N dtg amek dkt workshop then terus kuar
seperti yg dijanjikan kami ke SINI


posing b4 masuk n b4 kepala pening


Mr.N kusyuk menelek pakej yg ditawarkan


rambang mate pilih kad jemputan kami
sume cantek2 n klasik


akhirnya berjaya memilih n ape lagi bayar deposit la (^_^)


hahhh amek ko . . . bnyk giler pamphlet and brochure
mmg pening la kepala nk tngk n pilih mane yg murah n terbaik
rasenya 5 jam kiteorng dkt dlm SACC tu
and finally

*
*
*
*
*
*


pakej perkahwinan 
♣ baju nikah / resepsi / bertandang - DONE
♣ mekup nikah / resepsi / bertandang - DONE
♣ fotographer nikah / resepsi / bertandang - DONE


kad kahwin - DONE


katering - DONE


aku amek pakej RM11.90/pax

 alhamdulillah, perkara2 penting n utama aku dh settel kan
tinggal hal2 kecik2 je lg
errrmm, aku book awal2 ni bkn ape, aku ni x ramai adik beradik n sepupu yg dewasa
so xde kakitangan yg blh tolong aku nnt
oleh itu terpaksa la aku prepair sume dari awal (^_~)

Thursday, 16 February 2012

10 mOnTh bEfOrE

haiii peeps
10 bulan lg? mcm x percaye je la (^_~)
fuuuhhhh. . . . mcm2 nk kene plan n bajet ni
kalo duit aku ade 3 juta dlm bank tu dh confirm aku x de nk wat check list ni n xpyah susah2 nk DIY door gift or wat ever kan (~_=)
amek wedding planner n beli je door gift sume kan

checklist 10 bulan sebelum. . . .akan cuba update setiap bulan

1. Tarikh
Nikah : 28 Disember 2012 (day)
Resepsi : 29 Disember 2012 (day)
Bertandang : 
To be confirmed  

2. Theme & concept
Nikah : white + Grey
Resepsi :  
 Tiffany blue + Pink + Lavender  
Bertandang :  
Dark Purple + Mauve Pink + Grey  

3. Legal documents
Kursus kahwin : 
 Mac 2012 
Hiv Test : 
 Pending 
Borang Kebenaran Nikah
 Pending 

4. Venue
Nikah : 
To be confirmed  
Resepsi : Dewan Kompleks Kejiranan Putrajaya
Bertandang : 
To be confirmed  

5. Catering / Canopy
Nikah : 
To be confirmed  
Resepsi : 
To be confirmed  
Bertandang : 
 
Pending  

6. Pelamin
Nikah :
- Bantal nikah
Resepsi : 

-Decoration:
-Design :
Bertandang : 
-Decoration:
-Design : 

7. Photographer
Nikah : Enaz Photography
Resepsi : Enaz Photography
Bertandang : Enaz Photography
Choices of pose :  
 To be confirmed    

8. Videographer
Nikah :
Resepsi :
Bertandang :
Choices of songs :


9. Wedding outfits
Nikah :
- Dress :
- Tudung :
- Veil :
- Shoe :
- Accessories :

Resepsi :
- Dress :
- Tudung :
- Veil :
- Shoe :
- Accessories :
+Outdoor dress:

Bertandang :
- Dress :
- Tudung :
- Veil :
- Shoe :
- Accessories :

10. Makeup
Nikah :
Resepsi :
Bertandang :  


11. Doorgift
Nikah :
Resepsi :

- VIP doorgift :
- Guest doorgift :
Bertandang :

12. Bunga Pahar / Bunga Manggar / Centerpiece
Nikah :
Resepsi :
Bertandang :


13. Hantaran
Bilangan dulang : 7 berbalas 9 / 9 berbalas 11 - To Be Confirm

From his
1. Mas kahwin & Cincin - 
 Pending 
2. Handbag - 
 Pending 
3. Kasut - 
 Pending 
4. Jam tangan - Done
5. Telekung - Done
6. Make up set/Perfume set - P
 Pending 
7. Cake - 
 Pending 
To decorate by : 

For her
1. Cincin - 
 Pending 
2. Kasut - Done
3. Kemeja + seluar - 
 Pending 
4. Jam tangan - Done
5. Perfume set - 
 Pending 
6. Belt + wallet - 
 Pending 
7. Choc - 
 Pending 
8. Al-Quran - 
 Pending 
9. Sireh Junjung - 
 Pending 
To decorate by :

14. Cincin kahwin
For him :
For her :

15. Invitation Card
- Design :
- Printing :

16. Cake
Resepsi :
Bertandang :

17. Jurunikah / Pembaca doa
Nikah : Jurunikah - 
 Pending 
Resepsi : Pembaca doa - 
 Pending 
Bertandang : 
 Pending 

18. Handbouquet
Nikah :
-Types & colors of fresh flower : Pending
Resepsi :
-Types & colors of crystal: Pink, Purple, White
Bertandang : 

19. Guest List
Nikah : To be confirmed
Resepsi : To be confirmed

20. MC / Kompang / Entertainment
Resepsi :
DJ :  To be confirmed 
Kompang : 
Pending 
PA system : 
Pending 
CD of songs : 
Pending 
Bertandang : 
DJ :  To be confirmed 
Kompang : 
Pending 
PA system : 
Pending 
CD of songs : 
Pending  

21. Pengapit / Bridemaids / Bestman
Nikah : 
To be confirmed 
Resepsi : 
To be confirmed
Bertandang :  To be confirmed 

22. Dresses for family
Resepsi :
His family : 
To be confirmed 
Her family : 
To be confirmed 
Bertandang : 
Pending  

23. Bilik pengantin
Katil :
Decoration :

24. Signage
Resepsi
Location : 
Pending  
Design : 
Pending  
Printing : 
Pending 
Welcome sign : The perfect canvas Pending  

25. Facial/Massage/Inai
Pending

26. Honeymoon
Date :
Location :
Tickets :
Accommodation :

27. Pre  / Post Wedding
Photographer :
Theme : 
To be confirmed  
Outfit : 
Pending   
Location : 
To be confirmed  
Date : 
To be confirmed

Nota Siku :
Mungkin ada yang terdetik di hati, "Itupun nak cerita, ker?"..or "Itupun nak share, ker?".. Well, I must admit that, some people just love to read everything that we post, and some people just not. Dan pada saya, saya mahu mencoretkan cerita ini jadi sebahagian daripada kisah hidup saya. Tentang bagaimana saya membina hidup saya bersama-sama dengan pasangan saya. Tentang bagaimana kami merealisasikan, " Susah senang, kita bersama". Perkahwinan bukan suatu yang mudah. Dan mengenali pasangan anda bukan hanya mengambil masa sehari. 
Semoga Allah permudahkan segala urusan..Amiin

Tuesday, 14 February 2012

paMeRaN peNgaNtiN

salam
as b2b jom la kite g sini (^_^)


nak sngt2 gi sini sebab ramai yg cakap dkt pameran ni murah sket
pakej2 yg ditawarkan boleh tahan la murah nya dari biasa
so jom kite tngk mcm ne tawaran yg ditawarkan (^_~)