Showing posts with label pRenGnaNt. Show all posts
Showing posts with label pRenGnaNt. Show all posts

Tuesday, 1 July 2014

sEbaB NaPe LaMe MeNgHiLaNg ^__~

salam ramadhan ualls
alhamdulillah hari ni dh 3 ramadhan kan? 
fuuuhh dlm diam x diam dh 3 mnggu aku x update blog ye.....hihi keadaan kesihatan yg x bape mengizinkan dan mood sngt3 ke laut dlm bape mnggu ni. nk BW pun non hado mood >___<

mule2 aku demam + selseme dlm smnggu mcm tu. 


lpas dr tu telinga aku plak sakit + bedengung + pendengaran x bape clear. dh g klinik biasa tp x ok jgk so tpaksa g klinik pakar ent...yelaaa bab2 telinga ni mana blh wat main2 kan


hihi muke teruje dpt tgk dlm telinga sndr >___^
doc ckp dlm telinga aku ade biji tumbuh mcm jerawat dkt dpan gegendang telinga n ade cecair di dinding telinga aku sbb2 tu la yg mnghalang pendengaran aku. ni sume jd disebabkan selseme aku yg lama dan x baik2 :(


so dpt la aku MC 2 hari n doc bg antibiotik utk smnggu. if x baik jgk kene dtg f/up lg

masuk mnggu ketiga alhamdulillah aku dh sihat n telinga pun dh blh dengar dgn jelas semula tp yg wat aku x update jgk blog adalah sbb ini

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


hihi alhamdulillah rezeki sblm ramadhan. insya Allah Feb 2015 nnt Medina dpt adik ^___^
FYI, time mengandungkan Medina dulu pun aku mmg sngt3 malas nk update blog n nk BW wpun dulu xde alahan yg teruk.
hope preggy kali ni aku rajin la nk update blog n BW wpun kali ni aku mengalami alahan yg teruk sket =( 

**semoga aku diberi kekuatan utk berpuasa pd ramadhan kali ni. semoga aku n lil baby diberi kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan. insya Allah.
amiiin ^___^

Wednesday, 18 December 2013

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (0-12 minggu)

Telur akan mula terbentuk sebaik sahaja disenyawakan. Perkembangan bayi dlm kandungan memberi kesan kepada perubahan bentuk badan anda dr masa ke semasa.

Minggu pertama:
Sebaik saja telur disenyawakan, anda tidak lagi mengalami datang bulan/haid. Hormon-hormon dalam badan akan bersiap sedia untuk melepaskan sel telur tersebut.

Minggu kedua:
Dinding rahim/uterus akan mula menebal dan telah bersedia untuk proses ovulasi.

Minggu ketiga:
Minggu ini adalah proses pelepasan telur. Telur dan sperma yg telah disenyawakan di tiub falopio akan mula terbentuk. Di sinilah kehamilan anda bermula. Proses ini mengambil masa 4 hari dan zigot kemudiannya terbentuk.

Minggu keempat:
Zigot yg tlh terbentuk akan mula mencari tmpt (dinding rahim) untuk membesar. Ada sesetengah wanita akan mengalami pendarahan pd minggu ini. Jgn risau, pendarahan itu adalah krn proses zigot menempel di dinding rahim anda. Jika pendarahan terlalu byk, sila berjumpa doktor anda.

Minggu kelima:
Ukuran bayi anda sekarang spt sebiji buah epal & pd minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk.

Minggu keenam:
Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pd minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan utk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pd akhir minggu ke ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan:
Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan & bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang2. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dgn sempurna.

Minggu kesembilan:
Pergerakan pertama fetus dapat dikesan dengan USG. Pd minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke-10:
Tulang terbentuk. Diafragma memisahkan jantung dan paru2 dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang dgn cepat, sehingga saiz kepala lebih besar dr tubuh.

Minggu ke-11:
Organ seks luar sudah terbentuk, begitu juga dengan rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke-12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organnya telah terbentuk dgn sempurna. Otot2nya akan mula memberikan tindak balas.

Akhir trimester pertama,organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. (Namun masih ada sebahagian wanita hamil akan mengalami rasa mual hingga ke bulan2 berikutnya.)