Showing posts with label tiPs. Show all posts
Showing posts with label tiPs. Show all posts

Thursday, 27 March 2014

sTok EBM QaiReeN MeDiNa

  •  alhamdulillah dh 6 bulan aku dpt menyusukan Medina sepenuhnya...hope dpt la BF smpai umur Medina setahun. 
  • sebulan lpas bsalin aku dh start wat stock ebm utk dihntr ke taska Medina bile aku dh start keje nnt.masa tu mmg penuh la peti ais xpyh ckp kan. smpai aku tinggalkan separuh dkt umah PIL aku. kalo bwak blik semua dkt umah aku mmg x muat la peti ais kan.huhuhu
  • mmg target aku nk fully bf kan Medina. hope Allah permudahkan la urusan aku ^____^

  •  
  • ni aku ade nk share sket antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
  1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
  2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
  3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
  6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  8. Barli – air atau bubur barli.
  9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  13. Air horlicks
  14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
  15. Teh hijau jepun
  16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
  18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
  19. Ubat homeopati 

selama 6 bulan ni makanan yg lut dgn aku barli, pucuk manis, air soya dan produk berasaskan soya ) lg2 tempe mmg sgt meriah susu aku), horlicks, bayam dan sawi

Saturday, 10 December 2011

TIPS: Mengatasi Blog Berat Dan Lambat Loading

haii peeps. . . .
hari ni aku nk share lg satu info utk blogger2 sume  
Ramai orang yang pentingkan keringanan blog untuk blogwalking kan? 
Lagi-lagi yang online guna broadband yang dah habis limit.
Memang menguji kesabaran la nak tunggu satu-satu blog tu habis loading. Silap-silap terus tutup. Cancel la nak blogwalking


Tapi korang tau tak apa punca blog tu jadi berat? 
Ada yang dah tau ada jugak yang tak tau kot
Tak pe yang dah tau tu kite tambahkan pengetahuan, yang belum tau tu cepat-cepat la amik tau ye
Sesuatu blog tu berat mungkin disebabkan perkara-perkara macam ni:

  • Widget Follower - Widget ni memang berat. Seeloknya, letak dekat sidebar bawah sikit. Ada yang letak bawah header. Bahaya tu. Kalau lambat loading widget tu, entri korang pun lambat keluar.
  • Entri Halaman Depan - Tak payah lah letak sampai 10 entri dekat page depan blog korang tu. Cukup 1-3. Kalau takut orang tak baca entri lepas, pasang Blog Archieve atau Recent Post.
  • Bloglist - Cukup 1 atau 2 je senarai bloglist korang tu. Tak payah sampai 5 kategori. Memang blog jadi berat secara mendadak punya.
  • Template - Template blog tu yang memang lembap. Kita boleh preview dulu mana-mana template yang kita nak guna, untuk test tahap kelembapannya. Lebih baik ambik templat yang biasa-biasa je tak payah complicated sangat.
  • Background Blog - Hati-hati ye dengan pemilihan background blog. Warna blank adalah sebaiknya terutama putih.
  • Javascript - Javascript ni yang selalu korang buat add a gadget (HTML/Javascript) tu. Jangan banyak sangat. Blog akan jadi berat gile-gile.
  • Gambar - Gambar yang dimaksudkan ni ialah pada sidebar atau dalam entry. Mungkin sebab gambar tu belum dicompress, tu yang buat jadi load lama.Tak salah nak letak gambar, cuma berpada-pada lah. Kalau yang sekeping dah saiz 200++KB, macamana dengan 5 lagi gambar yang lain? 
  • Header - Header penting untuk menarik perhatian pengunjung dan mencantikkan blog. Tapi jangan guna header yang terlalu besar saiznya. Nanti lambat nak loading. Lebih kurang macam gambar yang bersaiz besar la jugak.
  • Widget/Gadget - Letaklah widget yang berguna sahaja . Seperti recent posts, blog archieve, followers, bloglist, popular posts, shoutbox. Yang terbang-terbang, lompat-lompat, kelip-kelip tu tak payah la ye.

Itu la antara punca-puncanya
hope tips ni sket sebanyak dpt la membantu korunk k (*_*)


Tuesday, 1 November 2011

LeLaKi yaNg pErLu diJauHi

Haii pEEps !!
aNd weLcOme nOvEmbEr (^_*)
fUhh...kEjaP jE dAh naK HaBis tAhUn 2011 kaN

oK2, nOw mEh teNgoK aPe aKu naK sHarE laGi haRi nIe
teTeBe raJiN bW sO teJumPe inFo paSaL tOpiC dKt aTas tu
oPsss...sEbeLum tU aKu naK baGi taHu nI
aKu WaT enTry nIe jUst tUk sHarE iNfO aPe yG aKu dPt maSe BW jE oK....xDe kEnE mEngEna dGn yG hiDuP maHu puN yG tELaH MEniNGgaL dUNia...sO x paYaH lA aDe yG naK tEraSa oR aMik HaTi oK !
SeMua waNita naK kaN KeKaSiH / BaKal sUami yaNg baiK waLauPun taK pErfEct, bEtuL taK? aLmakLumLah kEraNa LeLaki iTu aKan mEnJaDi keTua rUmahTaNgga daN jUga peLinDuNg kEpaDa isTeRi daN aNak-aNakNya keLaK

PaDa zaMan sEkaRanG niE, aGak sUkaR baGi sEseoRaNg waNita iTu uNtuK mEncaRi caLoN sUaMi yaNg baiK daN soLeH, sO waNiTa aKaN bErfiKir dUa tiGa kaLi sEbeLuM menDiRikaN rUmahTaNgga.
AnYwaY, jOm BaCa aPakaH ciRi-ciRi leLaki-leLaki yaNg AkAN DAn pErlU diJaUhi waNiTa unTuk mEncaRi KeKaSiH / BaKal sUami













♣   HIPOKRIT 
ataupun suka berpura-pura. Depan-depan kita dia cakap lain, belakang pulak lain. Siapa lah nak lelaki camnie, kan? At least berterus terang je lah tentang perangai anda yang sebenar… and then it’s up to the lady whether to accept you or not, right?


♣  PLAYBOY
ah ha… wanita kena berjaga-jaga sikit dengan lelaki playboy atau ‘land croc’ aka buaya darat’ nie.. huhu. Jangan mudah tertipu dengan penampilannya yang baik dan sopan. Wanita kena selidik dulu latar belakang lelaki yang bakal menjadi teman lelaki/suaminya tue kerana takut silap-silap haribulan nanti, nama anda akan menjadi salah seorang ‘mangsa’ yang tertulis di dalam buku hitamnya nanti. So, berwaspadalah…


PEMARAH
wanita tak suka lelaki yang suka marah-marah. Kalau nak marah pun, biarlah bertempat, tak gitu? Misalnya, kalau ko dapat tau gf / isteri ko tengah berdating dengan lelaki lain, memang patut lah ko rasa marah. Tapi jangan pulak anda ‘ringan-ringankan’ tangan. Sebaliknya, ambil sikap bersabar. Mana tau kot-kot gf / isteri pun cari lain sebab suaminya terlalu pemarah dan bengis… :-)

CEMBURU
Cemburu tandanya sayang, tapi kalau sudah keterlaluan itu cemburu buta namanya! Boleh dikatakan kebanyakkan kaum lelaki di zaman sekarang ini, masing-masing mengamalkan sikap mengongkong ini wujud kerana adanya syak wasangka dan tidak yakin terhadap pasangannya yang secara tidak langsung turut menimbulkan rasa cemburu yang keterlaluan dalam dirinya. Kebanyakkan wanita takkan tahan dengan sifat cemburu ini! Rimas la.

GANAS
Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita. 

♣  GERUMAL

Bahasa Kedah -bohong atau tipu. 
Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2. Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah. 


♣   TERLALU MEMENTINKAN KAWAN-KAWAN
Wanita selalu makan hati apabila lelaki lebih mementingkan kawan-kawan mereka. Demi bertemu kawan-kawan untuk melakukan aktiviti bersama ataupun hanya melepak, lelaki sanggup mungkir janji untuk bertemu. Jika sesekali, mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah namun apa pula jadinya jika ia sehingga menjejaskan masa bersama si dia? 

♣  TIDAK TAHU MENGHARGAI
Kenapalah ramai sangat lelaki yang tidak pandai untuk menghargai wanita? Bukannya mereka tidak sedar tapi memilih untuk buat tidak tahu saja. Wanita akan berasa sangat gembira jika lelaki tahu menghargai apa yang telah mereka lakukan. Namun bukan maksudnya wanita inginkan balasan, cukup dengan ucapan terima kasih. Tidak salah jika memuji atau memberikan hadiah mengikut kemampuan.

♣  KAKI JUDI 
Lelaki jenis ini sngt2 la harus dijauhi. Lelaki jenis ini bkn sahaja menyusahkan kaum wanita pada masa skrng malahan akan menyusahkan sehingga masa akan dtg sekali gus akan menyusahkan kesemua ahli keluarganya. Pada awal perkenalan jika teman lelaki telah menunjukkan sikap kaki judi nya, wanita harus la berjaga2 dgn hal ni kerana lelaki yg kaki judi susah untuk berubah. So fikir2kan la


♣  PISAU CUKUR 
Jgn tak tahu ade jgk lelaki mata duitan atau pun 'lelaki spedo'. Meraka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 mcm alasan. Lelaki jenis ini lebih senang duduk melepak bersama kawan. Teman wanita yg disuruh untuk menangggung sara hidupnya. Kebiasaannya lelaki seperti ini suka mcari teman wanita yg 'berada' atau berkerjaya untuk memudahkan dia mengikis duit teman wanitanya. Apa cerita ni?? Dimanakan letaknya maruah kaum lelaki yg sepatut lelaki yg menanggung sara hidup wanita. So fikir2 kan la

 PEMALAS
Lelaki yang malas bekerja, malah lebih selesa hidup menganggur. Lelaki jenis ini jgk lebih suke melepak dari bekerja.Lebih buruk jika lelaki itu asyik minta duit pasangannya. Lelaki jenis ini juga perlu dijauhi.


♣  KAKI PUTAR BELIT
Wanita akan mula hilang sabar apabila lelaki mula menunjukkan sikap putar belit alamnya. Apalah salahnya jika mengaku sahaja kesalahan yang telah dilakukan dan tidak perlu putar belit cerita. Wanita tidak perlukan lelaki seperti ini yang hanya tahu untuk melepaskan diri saja. Sesetengah lelaki sanggup melakukan apa saja asalkan wanita percaya sekali gus melupakan kesilapan yang telah dilakukan. Setiap wanita sukakan lelaki yang bersikap jujur dan adakah ia terlalu sukar untuk diamalkan?

♣  KURANG MENGAMBIL BERAT
Kenapalah lelaki suka bersikap sambil lewa dan tidak fokus dengan apa yang dilakukan? Namun apabila bercakap tentang diri sendiri, mereka buat bersungguh-sungguh. Bagaimana pula dengan pasangan? Wanita juga memerlukan perhatian daripada lelaki. Tidak perlu jaga dari segala sudut namun memadailah jika tahu untuk mengambil berat. Mungkin lelaki merasakan wanita zaman sekarang sudah pandai berdikari namun wanita tidak dapat lari dari sifat ingin dibelai dan dimanja.

♣  MAIN KAYU TIGA
Rasanya tidak perlu diberitahu lagi berapa banyak perhubungan yang putus dek masalah yang satu ini. Wanita boleh bersabar dalam banyak perkara namun jika lelaki mula bermain kayu tiga, jawabnya wanita akan angkat kaki. Wanita akan berasa dipermainkan apabila lelaki mencari wanita lain sekali gus curang terhadap hubungan. Wanita mahu lelaki menjadi seperti apa yang sering mereka ucapkan iaitu akan setia untuk selama-lamanya.


♣  LELAKI MEROKOK
Ini salah satu sifat lelaki yang melemaskan kaum wanita.Asyik berasap sana sini sampai naik lemas dibuatnya dengan bau asap dan rokok.Dalam sehari boleh habis sekotak rokok, kalau habiskan duit pada makanan ada faedahnya juga ni tidak asyik sedut asap rokok yang tidak menyihatkan tu.Kalau asap 2 beri kesan pada diri sendiri j tak apa juga ni tidak memberi kesan pada orang sebelahnya.Kadang kala wanita menegur bkn apa kerana mereka syg dan tidak inginkan orang yg disayang jth skt.Lagipun mereka tak nak teman lelaki hbskan duit dengan merokok.


♣  KAKI MABUK / KAKI BOTOL
Lelaki jenis ini lagi juga harus kaum wanita jauhi. Kerana lelaki kaki botol / kaki mabuk ni blh mengakibatkan dia menjadi kaki pukul. Banyak buruk dari baik nye kalo kite bekawan dgn lelaki jenis ni.


♣  PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


So kEpaDa KaUm LeLaKi uBaH la siKaP-siKaP bUrUk yaNg aDa PaDa DiRi aNda aNdai aNda iNgiN WaNita meNyaYaNgi diRi aNda sEpEnUhNya
daN paDa kaUm WaNita, bErhAti-HatI la kEtIka mEmiLih teMaN LelaKi / PasaNgaN hIduP
jIka tErSaLah PiLih NaNti TakuT tErMaKan diRi (makan hati blh tahan lagi tau) daN kEluaRga kElaK 
kiTe naK hiDuP bErsaMa-sAmA paSaNgaN kiTe uTk sElaMa2Nya buKan uTk sEmenTara sO fIkiR2kAn daN RenuNg2kaN la yE (*_*)

Sunday, 30 October 2011

MENCARI KAWAN YANG BAIK DAN SEJATI?

salam sume 
Tiba-tiba teringatkan kawan-kawan. Hari-hari berjumpa kawan. Kadang-kadang memang kita ada kawan sejati , kawan baik dan kawan rapat. Saya nak bezakan antara mereka pun tak berapa reti. 
So jom bace info yg aku dpt mase BW semalam (=_~)

KAWAN SEJATI
Sehingga tamat persekolahan baru lah saya temui kawan sejati, iaitu setelah saya mula bekerja. Walau pun kini jarang bertemu sebab masing-masing dengan urusan kerja dan keluarga, tetapi bahang "kesejatian" begitu terasa sekali sampai kini. Hubungan kami sangat rapat. Bukan rapat sebab selalu berhubungan atau keluar berjumpa, atau saling berkunjungan. Tapi kami rapat dari segi hubungan hati, tulus ikhlas, saling membantu dan prihatin bila ditimpa kesukaran atau musibah. Sentiasa menasihati bila kita alpa dan tersasar dan sentiasa bersama dalam susah dan senang.

KAWAN MAKAN KAWAN
Ada juga saya temui kawan jenis makan kawan. Kita tak perlu berhati-hati memilih kawan. Apa yang penting ialah kita perlu berhati-hati bila berkawan. Dalam berkawan, yang baik pada kawan kita ambil, yang buruk jadikan sempadan dan cuba pulihkan, bukan mengapi2kan atau memburuk2kan. 
Kawan yang makan kawan ialah kawan yang bermuka-muka, pandai sangat ambil hati dan kita percaya setengah mati. Segalanya diceritakan kepadanya bila berhadapan dengan masalah, tapi dibelakang kita kawan ini akan memburuk2kan kita dengan pelbagai cara.


KAWAN MENANGIS DAN KETAWA
Kata orang kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah didapati. Memang jenis kawan seperti ini sering kita temui. Dalam hidup saya, saya tak sunyi daripada berjumpa dan bergaul dengan kawan yang seperti ini. Biasalah, manusia mana ada sempurna, kadangkala bila kita dalam kesusahan , ada kawan yang datang membantu meringankan beban dan perasaan yang kita tanggung. Dan pada masa yang sama juga ada kawan yang kata "padan muka mung", dan bersorak gembira bila kita ditimpa sebarang musibah dan menambah lagi dengan pelbagai umpatan. Tapi saya sangat bersyukur dan Alhamdulillah, sekarang ini, saya dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik2 belaka. Semoga keadaan ini berterusan.

KAWAN YANG "PUTAR ALAM"

Kawan jenis ini cakapnya berbelit-belit. Di depan kita lain bicaranya, dibelakang kita lain tutur katanya. Apa pun keuntungan selalu berpihak kepadanya. Nasibnya selalui baik, kadang-kadang selalu dicari orang untuk sesuatu tujuan tertentu yang berkepentingan.

KAWAN BILA PERLU SAHAJA (When need)
Maksudnya kawan yang hanya baik dan rapat dengan kita bila ketika dia dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan sahaja. Jenis ini hanya pentingkan diri dan memerlukan pertolongan untuk kepentingan peribadinya. Apabila kepentingannya sudah terlaksana dan tercapai, mereka akan menjauhi dan silap haribulan boleh menjadi musuh.

nota siku :
aku harap info yg aku bagi ni sket sebanyak dpt membantu rakan blogger ketika bekawan ye
supaya kite sama2 dpt menghargai kawan kite (^_^)
walau apa2 pun, aku tetap utamakan n sayangkan keluarga aku n en.bf 
coz mereka la yg selalu ade dgn aku bila aku susah n senang & ketika aku suka n sedih 
  

Saturday, 22 October 2011

TIPS MEMILIH KAWAN

assalamualaikum to all my readers
apa khabar semua? kamu sihat ke? jaga kesihatan baik2 yer!
jom baca TIPS HARI INI iaitu bagaimana 
NAK MEMILIH KAWAN YANG SEBENAR-BENAR SAHABAT
CHECK THIS OUT!!

Ada yang kata, kalau kita nak tahu sikap seseorang, kita perlu tengok orang yang berada di sekelilingnya...dengan siapa dia berkawan..elok ke tidak perangai kawan2nya...kalau elok kawan2nya, maka secara tak langsung eloklah jugak sikapnya...ye tak? so....apa kaedah yang kita boleh gunakan untuk memilih kawan yang benar2 kawan ni? mari ikut kaedah ini....

PERTAMA:-

Pilihlah kawan yang senantiasa suka melindungi kawannya, yang ketika kawannya susah, dia sentiasa ada menghulurkan bantuan...dia suka membantu kita jika kita di dalam kesusahan.

KEDUA:-

Pilihlah kawan yang apabila kita menghulurkan jasa baik atau bantuan kita, dia suka menerima dengan rasa terharu dan menghargainya...dan jika dia melihat kebaikan yang ada pada diri kita, dia suka menyebut2nya..dan jika dia melihat keburukan kita, dia suka menutupinya.

KETIGA:-

pilihlah kawan yang apabila kita meminta sesuatu daripadanya, dia beri dengan rasa gembira...jika dia melihat kita diam,dia menyapa kita...dan jika dia melihat ada kesukaran dan kesedihan yang kita sedang tempuhi, dia suka membantu dengan menghiburkan hatimu.

KEEMPAT:-

Pilihlah kawan yang apabila kita berkata-kata, dia suka membenarkan kata2 kita..dan jika kita berkata-berkata yang tidak baik, dia suka menegur dan memberi nasihat..jika kita mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dan sukar, dia berusaha untuk menyelesaikannya..dan ketika kita berselisih pendapat dengannya, dia suka mengalah demi kawannya..

Untuk memilih kawan..carilah kawan yang baik akhlaknya, baik budi bahasanya, baik perlakuannya..carilah sahabat yang memahami diri kita dan sentiasa membawa kita ke jalan yang diredhai Allah...dan ketika kamu sudah menemuinya, ketahuilah dia adalah kawan yang benar2 sahabat..kawan mungkin kita boleh dapat beribu2..tapi di dalam beribu itu, belum tentu ada yang sudi menjadi sahabat.

dan ketahuilah juga bahawa jika kita mahukan kawan yang benar2 sahabat, kita juga perlu bentuk diri kita menjadi sahabat yang baik kepada orang lain. Insyaallah, sekiranya kita berjaya mendidik diri menjadi insan yang baik, maka sudah tentu kita akan dikurniakan sahabat yang baik juga..insyaallah...amin...

nOta siku :

jgn silap pilih kwn, nanti jadi lawan (^_*)

Friday, 21 October 2011

Perbezaan Couple dan Kawan



Di sini aku akan senaraikan perbezaan buat korang semua antara korang menjadi pasangan kekasih atau hanya berkawan sahaja. 
Berkawan disini bermaksud dalam lain jantina.

1. Menjadi pasangan kekasih harus setia pada yang satu. Menjadi kawan pula tidak kisah berapa banyak kawan berjantina lain yang kita ada, tiada sesiapa yang akan berkata apa-apa.

2. Menjadi pasangan kekasih harus saling memahami antara satu sama lain. Menjadi kawan pula tidak faham hati dan perasaan orang lain pun masih boleh terus berkawan dengan elok.

3. Menjadi pasangan kekasih perlu ada masa untuk kekasih. Menjadi kawan pula, saling tidak menegur selama sebulan pun tidak ada masalah
.
4. Menjadi pasangan kekasih tidak boleh marah-marah kepada kekasih. Menjadi kawan pula, kalau kena marah pun nanti boleh elok sendiri.

5. Menjadi kekasih harus ada duit. Menjadi kawan, tak ada duit pun boleh berkawan dan mungkin tidak ada rasa nak beli sesuatu untuk kawan seperti kekasih.

6. Menjadi kekasih memerlukan pengorbanan dari segi jiwa dan perasaan yang kadang-kadang sering terguris. Menjadi kawan kita tidak akan memberikan perasaan kepadanya melainkan hanya perasaan kasih kepada rakan.

7. Menjadi kekasih “mesti” sentiasa berhubung, jadi kita akan selalu dengar ayat, “dah makan?”, “dah tido?”, “i love u”, “sayanggggg”. Menjadi kawan mungkin ayat yang dikeluarkan tidak sama untuk hari berikutnya

8. Menjadi kekasih perlu ada perasaan antara satu sama lain. Menjadi kawan tidak memerlukan perasaaan cinta antara satu sama lain.

9. Menjadi kekasih harus tabah dengan kerenah kekasih kita. Menjadi kawan, tidak perlu risau akan itu, kalau dah meluat dengan perangai dia, cari kawan baru.

10. Menjadi kekasih mesti boring pujuk-memujuk. Menjadi kawan, tak payah pujuk pun esok dia okay la tu.


nota siku : 
Jadi, kalau korang tak mahu rasa seperti yang aku tuliskan seperti di atas, baik korang stay single. Tetapi ada pasangan kekasih pun okay sebenarnya, tetapi yang paling penting adalah saling memahami antara satu sama lain.

Sunday, 11 September 2011

10 SeBaB LeLaKi KeNa REJECT !

Jom sHaRe saTu iNfO laGi (^_^)
aKu TeLaH pUn mEmiNjaM saTu aRtiKeL mEnaRiK yaNg diTuLis oLeH sEoRaNg BloGgeR teNtaNg meNgaPa JeJaKa KeNa ReJeCt ! 
SiLa BaCa dEnGaN teNaNg JeJaKa diLuaR saNa. 
SeBaRang RiSiKo aDaLah diTanGguNg sEpeNuHnya oLeh pEmBaCa.
Hueh hueh hueh...


1. Terburu-buru 
Kadang-kadang ada sesetengah lelaki ni jenis terlalu mendesak atau tak sabar. Baru kenal perempuan tu seminit dua terus nak couple. Eh hiperbola pula aku. Itu pun kenal lepas tengok profile pic fb die yang cun, terus try tegur kat chabox. Perempuan tu pula layankan. Hmm apa lagi ulat bulu dah naik daun! 


2. Gatal@miang
Ini memang sah-sah awal-awal lagi kene reject. Awak baru kenal tak sampai sebulan dah nak cakap ***** dengan pasangan awak. Ni kalau dengan saya dah dapat title gila s*x terus saya bagi awak. Kepada jejaka minta jaga sikit tutur kata dan topik perbualan tu. Walaupun niat nak bergurau tapi sila hormati teman anda dan jaga sensitiviti tak kira di mana jua anda berada. Ceh wah!. 


3. Playboy 
Ni pula jenis mata keranjang. Pantang tengok perempuan comel terus nak rembat. Kalau muka tu hensem macam Shahz Jazsle kira ok jugak. (AGAIN, TEHA TELLS A GOOD THING 'BOUT SHAHZ) Can be accepted! Tapi muka pun macam mat bangla tukang timbang sayur kat pasaraya ada hati nak sapu awek comel. Put yourself in front of mirror first la bro.. tapi yang muka hensem ni pun jangan la ingat muka tu hensem sekali petik sepuluh datang suka-suka hati je nak tukar-tukar perempuan. Awak nampak buku tigalima lima saya yang comel ni? 


4. Menanam gula di tepi bibir 
Awww! manisnya bibir u.. kalah madu.. lelaki memang suka berkata-kata manis. Tapi manis-manis buah sudahlah. Manis-manis sangat nanti dapat penyakit diabetis tahap kritikal kang susah lak kan. Ikutkan hati nak sepak je laki yang suka berkata-kata manis ni. Hoi gadis! Freeze kan diri anda sekali sekala. Jangan mudah sangat cair dengan kata-kata mereka okay. 


5. Jiwang terlampau 
Alahai, spesis ni pun agak merimaskan jugak sebenarnya. Perempuan suka romantik not jiwang. Jiwang-jiwang ni cam geli sket kot. Pada saya la. Tak tau la pada korang kan. 


6. Suka mengkritik 
Kesiannya sape yang dapat bf suka mengkritik. Setiap sudut dia nak komplen. Itu tak betul ini tak betul. Tak pernah nak back up kita. Asyik-asyik kita jugak yang salah dan tak betul. Jejaka macam ni patut di reject je! 


7. Tak matang 
Tak matang dari segi pemikiran, membuat keputusan, pengurusan dan sebagainya. Perempuan suka lelaki yang boleh diharap dan ada masa depan. Dah kalau diri sendiri pun dia tak boleh nak handle maknanya dia tak matang la tu. Mungkin sebab dia masih muda? Atau jiwa dia muda sentiasa tak pernah nak matang-matang. 



8. Kurang mengambil berat 
Lelaki macam ni jenis buat tak amibik kisah je pasal pasangan. Nak buat apa, nak jadi apa die tak kisah. Tak marah, tak meghalang dan juga tak menyokong. Sesetengah perkara memang seronok sebab terasa bebas tapi kadang-kadang tu nak juga la dia caring pasal kita kan. Tapi kalau dah macam tu gayanya kita bako je la.. ;p 


9. Tak serius dalam relationship 
Emm, ni satu perkara yang saya sangat tak faham dengan lelaki. Sebab banyak dah pengalaman bukan saya yang mengalami tapi kawan-kawan terdekat. Kenapa lelaki sekarang ni kebanyakannya tak serius dalam perhubungan? Bila dilihat dari mata kasar dia macam serius, sanggup berkorban untuk kita tapi disebaliknya ada benda yang tersirat. Tak tau la pada mereka ni perempuan tu macamane. Adakah untuk dipermainkan perasaan mereka sahaja? 


10. Tak menjaga penampilan diri 
Walaupun anda lelaki penampilan juga penting. Contohnya macam cara berpakaian ke, penjagaan muka ke. Semua ni penting tau. Supaya anda kelihatan kemas. Bila kemas barula sedap mata memandang. Walaupun anda tidak di dalam kategori hensem tapi bila anda bijak bergaya secara automatik anda termasuk dalam kategori hensem. Believe me! Ala tak payah nak bergaya sangat la. Cukup sekadar mengemaskan diri je dah boleh. 


***Macam mana nak tulis tentang si gadis yang kena reject pulak entah