Saturday, 22 November 2014

Amalan Semasa Mengandung

Semasa mengandung, setiap bakal ibu inginkan terbaik untuk bayi di dalam kandungannya. 
Amalan2 semasa mengandung jangan di ambil ringan. Untuk di kongsi bersama :



Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.



Sumber: http://babyibu.blogspot.com/2008/03/amalan-semasa-mengandung.html

5 comments:

  1. Nice sharing..sangat berguna info nie utk bakal2 ibu amalkan semasa mengandung..=D

    ReplyDelete
  2. Bagus ni info Kak, sapa taw da rezki baby buat lya nnt insyallah

    ReplyDelete
  3. info yg menarik ..
    blh dikongsikan ngan kwn2 yg isterinya mengandung ..
    moga mendapat zuriat yg soleh

    ReplyDelete
  4. thanks dear berkongsi..

    ppsttt: bunga orkid kat maha Ya Allah super duper cantik mrnarik tertarik.. to sayang saya x bli sbb duduk rumah bertingkat susah la nk jaga .. kurang cahaya pulak..geram je tgk..
    segar mekar mengembang.

    ReplyDelete
  5. Dulu masa ngandung okje selalu baca ulang ulang surah maryam, Lukman ngan surah Yusuf.....sampai ler bersalin

    ReplyDelete