Showing posts with label LiBaRaRy. Show all posts
Showing posts with label LiBaRaRy. Show all posts

Saturday, 22 November 2014

Amalan Semasa Mengandung

Semasa mengandung, setiap bakal ibu inginkan terbaik untuk bayi di dalam kandungannya. 
Amalan2 semasa mengandung jangan di ambil ringan. Untuk di kongsi bersama :



Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.



Sumber: http://babyibu.blogspot.com/2008/03/amalan-semasa-mengandung.html

Tuesday, 22 April 2014

Solid Food For Medina

hihi best ooo bile anak dh blh makan skrng ni. mcm2 aku nk try bg Medina mkan.
ehhh, aku start bg Medina makan x de la main terjah or ikut buku sngt tp aku bpandukan la jadual ni jgk.



aku dapat info dan banyak belajar dari group Homemade Solid Food For Your Baby (HSFFYB) dalam FB...dan dari situ baru aku tau sebenarnya makanan pejal pertama bayi adalah puri sayur dan buah bukannya cerelac ataupun bubur nasi...

aku ikut la jgk jadual 4 hari ni. so far alhamdulillah Medina telan je sume yg aku bg.
good gurl la Medina....ikut tekak mummy tau telan je sume makanan yg HALAL...jgn ikut daddy tau =p


owwhh ye, aku beli mende ni utk menyenangkan kerja aku. yela xkan la nk gune blender yg aku mesin cili tu kan....alaa x mahal pun mende ni. xsampai seratus pun. aku beli dlm groupon


ni utk aku stim n kukus buah or sayur puri Medina
 aku x gune periuk yg aku wat utk masak2 tu.  


selain tnye tips2 dari kwn2 aku bnyk gugel sndr jgk pastu tnye pndpat kwn2 plak
hihihi excited nk bg anak mkn kan...gitu la caranya

 antara2 menu yg selalu aku wat utk Medina




puri kentang antara feveret Medina




puree pisnag feveret Medina

hasil puri yg aku wat utk Medina??
next entry aku story ehh...ni tgh gigih transfer pic dr fon to pc....mmg becinta la aku nk trnsfer pic2 weiii...nk update dar fon xbape best coz xblh nk edit caption
so sabo ye kawan2 =)