Sunday, 11 September 2011

10 SeBaB LeLaKi KeNa REJECT !

Jom sHaRe saTu iNfO laGi (^_^)
aKu TeLaH pUn mEmiNjaM saTu aRtiKeL mEnaRiK yaNg diTuLis oLeH sEoRaNg BloGgeR teNtaNg meNgaPa JeJaKa KeNa ReJeCt ! 
SiLa BaCa dEnGaN teNaNg JeJaKa diLuaR saNa. 
SeBaRang RiSiKo aDaLah diTanGguNg sEpeNuHnya oLeh pEmBaCa.
Hueh hueh hueh...


1. Terburu-buru 
Kadang-kadang ada sesetengah lelaki ni jenis terlalu mendesak atau tak sabar. Baru kenal perempuan tu seminit dua terus nak couple. Eh hiperbola pula aku. Itu pun kenal lepas tengok profile pic fb die yang cun, terus try tegur kat chabox. Perempuan tu pula layankan. Hmm apa lagi ulat bulu dah naik daun! 


2. Gatal@miang
Ini memang sah-sah awal-awal lagi kene reject. Awak baru kenal tak sampai sebulan dah nak cakap ***** dengan pasangan awak. Ni kalau dengan saya dah dapat title gila s*x terus saya bagi awak. Kepada jejaka minta jaga sikit tutur kata dan topik perbualan tu. Walaupun niat nak bergurau tapi sila hormati teman anda dan jaga sensitiviti tak kira di mana jua anda berada. Ceh wah!. 


3. Playboy 
Ni pula jenis mata keranjang. Pantang tengok perempuan comel terus nak rembat. Kalau muka tu hensem macam Shahz Jazsle kira ok jugak. (AGAIN, TEHA TELLS A GOOD THING 'BOUT SHAHZ) Can be accepted! Tapi muka pun macam mat bangla tukang timbang sayur kat pasaraya ada hati nak sapu awek comel. Put yourself in front of mirror first la bro.. tapi yang muka hensem ni pun jangan la ingat muka tu hensem sekali petik sepuluh datang suka-suka hati je nak tukar-tukar perempuan. Awak nampak buku tigalima lima saya yang comel ni? 


4. Menanam gula di tepi bibir 
Awww! manisnya bibir u.. kalah madu.. lelaki memang suka berkata-kata manis. Tapi manis-manis buah sudahlah. Manis-manis sangat nanti dapat penyakit diabetis tahap kritikal kang susah lak kan. Ikutkan hati nak sepak je laki yang suka berkata-kata manis ni. Hoi gadis! Freeze kan diri anda sekali sekala. Jangan mudah sangat cair dengan kata-kata mereka okay. 


5. Jiwang terlampau 
Alahai, spesis ni pun agak merimaskan jugak sebenarnya. Perempuan suka romantik not jiwang. Jiwang-jiwang ni cam geli sket kot. Pada saya la. Tak tau la pada korang kan. 


6. Suka mengkritik 
Kesiannya sape yang dapat bf suka mengkritik. Setiap sudut dia nak komplen. Itu tak betul ini tak betul. Tak pernah nak back up kita. Asyik-asyik kita jugak yang salah dan tak betul. Jejaka macam ni patut di reject je! 


7. Tak matang 
Tak matang dari segi pemikiran, membuat keputusan, pengurusan dan sebagainya. Perempuan suka lelaki yang boleh diharap dan ada masa depan. Dah kalau diri sendiri pun dia tak boleh nak handle maknanya dia tak matang la tu. Mungkin sebab dia masih muda? Atau jiwa dia muda sentiasa tak pernah nak matang-matang. 



8. Kurang mengambil berat 
Lelaki macam ni jenis buat tak amibik kisah je pasal pasangan. Nak buat apa, nak jadi apa die tak kisah. Tak marah, tak meghalang dan juga tak menyokong. Sesetengah perkara memang seronok sebab terasa bebas tapi kadang-kadang tu nak juga la dia caring pasal kita kan. Tapi kalau dah macam tu gayanya kita bako je la.. ;p 


9. Tak serius dalam relationship 
Emm, ni satu perkara yang saya sangat tak faham dengan lelaki. Sebab banyak dah pengalaman bukan saya yang mengalami tapi kawan-kawan terdekat. Kenapa lelaki sekarang ni kebanyakannya tak serius dalam perhubungan? Bila dilihat dari mata kasar dia macam serius, sanggup berkorban untuk kita tapi disebaliknya ada benda yang tersirat. Tak tau la pada mereka ni perempuan tu macamane. Adakah untuk dipermainkan perasaan mereka sahaja? 


10. Tak menjaga penampilan diri 
Walaupun anda lelaki penampilan juga penting. Contohnya macam cara berpakaian ke, penjagaan muka ke. Semua ni penting tau. Supaya anda kelihatan kemas. Bila kemas barula sedap mata memandang. Walaupun anda tidak di dalam kategori hensem tapi bila anda bijak bergaya secara automatik anda termasuk dalam kategori hensem. Believe me! Ala tak payah nak bergaya sangat la. Cukup sekadar mengemaskan diri je dah boleh. 


***Macam mana nak tulis tentang si gadis yang kena reject pulak entah 

No comments:

Post a Comment