Monday 28 November 2011

hepi besday jasmine

 
Happy birthday jasmine
♥  May God bless you with love and care. 
♥  Enjoy every moment, every day of your life
 May this year be your best ever
♥  I hope all your birthday dreams and wishes come true
♥  May the best of your past be the worst of your future
♥  Another year has passed in your life, making you even wiser and stronger. 

Happy birthday ! !

Salam Awal Muharam 1433H


Salam ukhuwah buat semua pengunjung2 blog
Selamat menyambut Awal Muharram dan Maal Hijrah kepada semua umat Islam. 
Bermulanya tahun baru bagi umat Islam dengan semangat dan perubahan ke arah yang lebih baik. 
Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting.
semoga kita semua berubah ke arah amar ma'ruf nahi mungkar. 
ameen.


Saturday 26 November 2011

Doa Awal dan AKhir Tahun Hijrah

Salam,
Hari ini, kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah. Saya kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang ini 
Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin


Doa Akhir Tahun

Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

♣   ♣   ♣   ♣   ♣   ♣   ♣   ♣   ♣   ♣   ♣   ♣   ♣   ♣   ♣   ♣   ♣   


Doa Awal Tahun

Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Selamat Beramal.

Al-Fatihah

salam jumaat  (=_=)

hari ini 25/11/2011 sahabat saya Shafaril Ekhmal Sharim @ kimai  
telah kembali ke rahmatullah pada jam 4 pagi tadi setelah 2 hari koma di CCU (Critical Care Unit), Institut Jantung Negara


Shafaril Ekhmal Sharim @ kimai
26 tahun
salah seorang staff Ibu Pejabat KKM suatu ketika dahulu dan telah bertukar ke IJN untuk menerus kan perkhidmatan sbg kakitangan kerajaan
aku berkenalan dgn beliau semasa aku join dgn Satria Tuners 


dia pergi pd hr jumaat yg tenang ni
kami sbg sahabat sgt merasa sedih di atas pemergiannya mengadap yg maha ESA (=_=)


Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” 

(Hadis Riwayat Tarmizi)



Owner BEP 85
Rest in Peace -25/11/11


Al-Fatihah buat Allahyarham Shafaril Ekhmal Sharim @ Kimai

tuhan lebih menyayangi dia
semoga beliau berada dlm golongan yg beriman
dan beliau ditempatkan bersama golongan yang soleh. . . 
amin



Salam Takziah buat Harnita Mohd Mokhtar & kelaurga
tabahkan hati
sesungguhnya dari Allah kita dtg dan kepada Allah kita kembali



Hidup ini hanya lah pinjaman dari Allah SWT. Dr Dia kita dtg, Kpd Dia juga kita kembali

Ya Allah, ampunilah Shafaril Ekhmal Sharim, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya. tempatkan la ia disisi orang2 yang beriman. 
amin, amin yarobalalamin . . .

Monday 21 November 2011

Apa Hukum Bersanggul Tinggi?



Soalan:
Apa hukum seorang wanita mengumpulkan (menggelung/sanggul) rambutnya di atas lehernya dan di belakang kepalanya yang membentuk benjolan sehingga ketika wanita itu memakai hijab/tudung, terlihat bentuk rambutnya dari belakang hijabnya?

Jawapan :
Ini adalah kesalahan yang terjadi pada banyak wanita yang memakai jilbab, dimana mereka mengumpulkan rambut-rambut mereka di belakang kepala mereka sehingga menonjol dari belakang kepalanya seandainya mereka memakai jilbab di atasnya. Sesungguhnya hal ini menyelisihi syarat hijab yang telah kukumpulkan dalam kitabku “Hijab al-Mar’ah al-Muslimah minal Kitab was Sunnah”.

Dan diantara syarat-syarat tersebut adalah pakaian mereka tidak membentuk bahagian tubuh atau sesuatu dari tubuh wanita tersebut, oleh kerana itu tidak boleh bagi seorang wanita menggelung rambutnya dibelakang kepalanya atau disampingnya yang akan menonjol seperti itu, sehingga tampaklah bagi penglihatan orang walaupun tanpa sengaja bahawa itu adalah rambut yang lebat atau pendek. Maka wajib untuk mengurainya dan tidak menumpuknya.



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah.


Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.

(Riwayat Muslim).


* Oleh : asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rohimahulloh

Oleh itu, BERSEDERHANALAH WAHAI WANITA..
Bersanggul itu boleh, tetapi jangan terlalu tinggi sehingga menarik perhatian lelaki.
Wallahua'lam...




Friday 18 November 2011

sPOnTanEouS tHursDay # 7

" hidup ini macam roda,
kadang-kadang di atas. . .kadang di bawah
jadi berhati-hati lah "





Kelebihan & kebaikan yang ada pada kita bukan untuk rasa melebih daripada orang lain, tetapi untuk disyukuri kerana sebenarnya Allah telah menutupi kekurangan kita dengan kelebihan yang kita ada.


Tuesday 15 November 2011

Archery @ Sunway Pyramid

yeaayyy. . . my boo in action ♥
jom kite layan en.bf ber'archery ahad lepas
FYI ahad lepas kami gi sunway pyramid
sementara nak tunggu wayang kol 5.45ptg kami bejalan2 la ke seluruh pelusuk sunway pyramid tu
tibe2 terjumpe Stars Archery ni
so kami pun menyibuk kan la diri masuk ke dlm Stars Archery tu 
aku konon2 nak asah skill coz dah lama kot x memanah 
n en.bf plak nk try skill 
asyik shopping n makan je sesekali beriadah la plak (^_^)

ok2, malas nk cite panjang2 meh je la layan pic dkt bawah ni ♥


kene pakai glove dulu



pada sesape yg baru 1st time 
ade instructor yg akan ajar



yeayyy. . . .attack time 


smile 


 



enjoying archery ♥ ♥ 

gOOd LucK


utk sepupu ku yg tesgt comel " Siti Hajar Zulkepli"
wish u all da best for ur SPM 
and all SPM candidates also wish the best of luck. Stay cool and calm ok (*_^)


Monday 14 November 2011

Keunikan Pintu Hati


Perubahan itu sebenarnya bermula dari dalam diri kita sendiri. 
Orang lain boleh menasihati, beri pandangan, kongsi ilmu atau mungkin cuba beri motivasi dan sebagainya namun penerimaannya bergantung pada diri kita sendiri....
Disinilah letaknya keunikan pintu hati. Pintu hati kita seperti pintu hotel, tombolnya didalam....
Orang lain sekadar boleh mengetuknya sahaja tetapi pintunya perlu dibuka dari dalam..



“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan suatu manusia itu hingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” [Ar Ra’d: 11]




Sunday 13 November 2011

dOdoL dEepAvaLi (^_^)

haii peeps
actually ni cite lama tp aku nk cite jgk (=_~)
cable nth mana2 hilang tu yg xblh nk trnsfer pic
so meh je la layan cite aku n family aku wat mase cuti deepavali hari tu


hahhh...kami mengaco dodol ok
opsss...ni bkn gimik ye....ni betol2 aku tgh mengaco dodol tu
mule2 lg so larat ar aku mengaco....kalo dh pekat nnt mmg aku xlarat la kan


mereka yg nak jgk cube (^_~)



  
hahhh tu la orng nye yg akan mengaco bile dh pekat n masak nnt
caiyook la pakngah (^_^)



fuhhh.....sedap giler bile dapat mkan dodol yg cair2 ni
3 mangkuk sekali hadap je



dah hampir masak 


hahh kan ckp td mmg pakngah aku la yg akan mengaco smp masak (^_*)
ermm, kami wat 1kg tepung je tu yg sket je hasil nye
tp alhamdulillah dpt la jgk aku bg kawan2 ofis rase

sekian...jumpa lagi ♥


Friday 11 November 2011

keMbaLi LaGi

haii peep...
ape yg aku maksudkan dengan kembali lagi?
ok....hari ini aku nak cite pasal hobi baru en.bf
actually xde la baru pun tp hobi or minat lama kembali semula
yup...BERBASIKAL or BERKAYUH
dulu heboh dengan beskal fixie dia...tiap2 mnggu la gi bekayuh 
tapi minat or hobi beliau hanya bertahan lebih kurag 3 bulan je lepas tu jual sudah fixie tu (^_~)



fixie tu sempat bertukar warne 2 kali je pastu selamat dijual (^_*)
n now minat or hobi tu datang lagi tapi dgn beskal baru ok
ikut kan hati aku mmg xnk bagi dia beli beskal tu coz bleh tahan jgk la mahal harga beskal tu tapi disebab mama en.bf offer nak belikan as hadiah besday en.bf , so aku dgn berat hati mengizin kan jgk la dia kembali dgn minat or hobi lama dia ni (=_~)
aku bkn nye nk halang dia dgn minat or hobi lama dia ni tp aku percaya minat n hobi dia ni mest kejap je coz aku tahu ape minat dia sebenarnya.
tapi x pe la, layan kan je la nnt merajuk plak pastu wat ayat touching yg blh wat aku nanges (=_=')
tapi keizinan ni dgn bersyarat tau
syarat2nye hanya aku dan en.bf je yg tahu ♥


bersama beskal baru (^_^)
hope kali ni minat or hobi nye bertahan lama sket la dari fixie dulu


sPOnTanEouS tHursDay # 6



Thursday 10 November 2011

gLoRy2 mOOd (^_^)


hai peeps....
fuhh, mood glory2 la sngt kan padahal aku kene g kursus
ehh, kene g ke? ke aku yg menggedik nk gi wpun kursus dah cukup (=_^)
hehehehe, bosan ar dok ofis je, kalo gi kursus ni blh ar release kan tension n stress keje sekejap kan
ok2, FYI aku akan berada di sini selama 3 hari 2 malam bermula dari 9 - 11 November 2011 untuk menghadiri Kursus Staff Dinamik Dalam Pembikinan anjuran tempat kerje aku bersama BMR Edu
so aku akan bercuti BW untuk beberapa hari
sehingga berjumpa lagi ye (^_*)