Sunday 17 June 2012

TiPs mEnCaRi d0oR GiFt

Salam
Doorgift / wedding favor seolah2 menjadi main items dalam sesebuah majlis perkahwinan sebab ia antara barangan yg ‘wajib’ dibawa pulang oleh tetamu & semestinya menjadi tanda ingatan tulus ikhlas dari pengantin sekeluarga. 

Jadi pemilihan jenis barangan / item yg ingin diberikan agak memeningkan kepala ditambah lagi dgn persepsi & mentality masyarakat terhadap sesebuah majlis diukur berdasarkan doorgift / wedding favor ini (=_~)




Disini saya nak share beberapa tips / factor dalam pemilihan doorgift / wedding favor
hope dapat dikongsi bersama dengan B2B


Tips memilih doorgift / wedding favor


1. Makanan atau cenderamata 

- haruslah tentukan kamu nak bagi apa.. makanan or barangan atau kedua-duanya sekali. Kalau nak bagi makanan, kebiasaanya dari jenis pencuci mulut & tahan lama. Kalau nak bagi barangan, biarlah yg cantik & boleh disimpan lama sebagai hiasan atau boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

2. Budget
- Perkara yg perlu dipertimbangkan dalam semua hal termasuklah bab doorgift ini.


3. Kumpulan Sasaran

- mungkin kamu bercadang untuk membuat beberapa kategori doorgift mengikut kumpulan sasaran.. paling biasa, utk dewasa lain, utk kanak2 lain. Atau mungkin utk VVIP, VIP, rombongan sebelah, kanak2, dewasa..semua berlainan jenis.

- Tapi adalah disarankan supaya memberi sama jenis bagi mengelakkan tetamu berasa kecil hati & wujud double standard.


4. Vendors/ Source

- Bila dah tetapkan jenis barangan ape atau makanan ape, maka langkah seterusnya adalah mencari vendors / source bagi mendapatkan barangan tersebut. Bagi yg gigih, mungkin boleh DIY from A to Z, DIY sikit2 utk tambahan & mencantikkan lagi.

- Senaraikan beberapa vendors yg membuat produk yg sama seperti yg kamu inginkan & bandingkan harga utk mendapatkan budget yg terbaik 


5. Praktikal

- Fikirkan tentang practicality jenis doorgift kamu.. contohnya jika kamu memilih majlis dgn RSVP / Registration yang semua tetamu telah ditetapkan table & seating, maka adalah praktikal jika kamu memilih doorgift yg cantik dihias disetiap meja. Bila cantik di display macam ni, ia dah jadi sebahagian dari table decoration.. mungkin sebagai ganti kepada centerpiece. Kan?


- Tapi, jika majlis kamu adalah berdasarkan free seating & buffet, eloklah memilih doorgift yg berpenutup & senang dipegang. Lagi2 jika doorgift itu diletakkan dimeja buffet & tetamu ambil sewaktu ambil nasi sekali..kan susah kalau tak berpenutup..tergolek2 pulak isi dalam bekas doorgift kamu tu..ingat, tangan ada dua je..mane nak pegang pinggan, jg doorgift tak tergolek, dgn pegang gelas minuman lagi.penuh tangan..

- Tapi kalau kamu ada dayang2 kenit tukang bagi2 kan doorgift pada tetamu pada setiap meja, mudahlah jugak jika doorgift tak berpenutup pun ok..


Ini adalah faktor2 yg saya ambil kira semasa menentukan jenis doorgift yg ingin diberi kepada tetamu. Tak seberapa pun..bukanlah tips dari yg pakar..hanya berdasarkan pemerhatian sendiri.. 
Jika kamu ada lagi tips2 yang lain, bolehlah share2 diruangan komen..

harap ini dapat membantu B2B.. 

(^_^)

No comments:

Post a Comment