Showing posts with label KenaNgan MenganDunG. Show all posts
Showing posts with label KenaNgan MenganDunG. Show all posts

Thursday, 20 March 2014

1 mOnTh oLd

hepi thursday peeps
2-3 hari sekali baru nk update blog ni nape oii? huhuhu
ermmm, sebenarnya aku dlm dilema lg ni samada nk update story aku mengandungkan dan bersalinkan Medina or x ni? sebabnya dh lama sngt kot...Medina pun dh 6 bulan skrng ^___^ mcm dh basi je citer tu kan
errrm, tp aku update pun bkn nk tayang suh org baca tp utk kenangan aku sndr jgk....ok2 nnt aku update sket2 la ^___^

so far alhamdulillah dari aku mengandung smp bersalinkan Medina ni xde bnyk sngt masalah. morning sicknes tu biasa la dlm 1-2 trimister lpas tu ok dah....juz nafsu mkan aku tu blh tahan la =) thanks to my bff yg rajin melayan nafsu makan aku ni n ade yg tlng bawak/bg ape yg aku nk mkan =)
kesihatan aku masa mengandung sgt2 alhamdulillah jgk coz aku xde masalah BP, kencing manis, HB low dll
hope kalo mengandung lg hope mcm ni la ^__^ hihihihi

ok dh nnt smbng lg story pasal aku mengandung ehh...ni aku nk citer pasal Medina plak
FYI aku berpantang dkt umah MIL, mak aku kan keje lg n xde sapa yg nk jaga aku so berpantang di banting la aku. aku n Medina di banting hubby dkt umah kami di cheras T___T mase tu rindu nyer la dkt hubby n asek menghitung hari je tggu weekend hubby balik banting =(

sekali lg aku besyukur coz Medina x bnyk ragam masa dlm pantang malam tido pun ok dan Medina xde kene jaundis/demam kuning mcm baby2 lain yg biasa kene. alhamdulillah sgt2 coz aku x sanggup kot nk tngk klinik amek darah Medina nnt n nk kene ulang alik klinik/hospital T___T

terima kasih ya Allah kerana kau telah memberikan kesihatan yg baik pada kami n kesenangan dlm urusan harian kami  ^___~



Qaireen Medina 
1 month old ~ 15/10/2013


~ mummy doakan semoga sentiasa sihat dan mjadi anak solehah

Wednesday, 18 December 2013

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (0-12 minggu)

Telur akan mula terbentuk sebaik sahaja disenyawakan. Perkembangan bayi dlm kandungan memberi kesan kepada perubahan bentuk badan anda dr masa ke semasa.

Minggu pertama:
Sebaik saja telur disenyawakan, anda tidak lagi mengalami datang bulan/haid. Hormon-hormon dalam badan akan bersiap sedia untuk melepaskan sel telur tersebut.

Minggu kedua:
Dinding rahim/uterus akan mula menebal dan telah bersedia untuk proses ovulasi.

Minggu ketiga:
Minggu ini adalah proses pelepasan telur. Telur dan sperma yg telah disenyawakan di tiub falopio akan mula terbentuk. Di sinilah kehamilan anda bermula. Proses ini mengambil masa 4 hari dan zigot kemudiannya terbentuk.

Minggu keempat:
Zigot yg tlh terbentuk akan mula mencari tmpt (dinding rahim) untuk membesar. Ada sesetengah wanita akan mengalami pendarahan pd minggu ini. Jgn risau, pendarahan itu adalah krn proses zigot menempel di dinding rahim anda. Jika pendarahan terlalu byk, sila berjumpa doktor anda.

Minggu kelima:
Ukuran bayi anda sekarang spt sebiji buah epal & pd minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk.

Minggu keenam:
Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pd minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan utk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pd akhir minggu ke ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan:
Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan & bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang2. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dgn sempurna.

Minggu kesembilan:
Pergerakan pertama fetus dapat dikesan dengan USG. Pd minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke-10:
Tulang terbentuk. Diafragma memisahkan jantung dan paru2 dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang dgn cepat, sehingga saiz kepala lebih besar dr tubuh.

Minggu ke-11:
Organ seks luar sudah terbentuk, begitu juga dengan rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke-12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organnya telah terbentuk dgn sempurna. Otot2nya akan mula memberikan tindak balas.

Akhir trimester pertama,organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. (Namun masih ada sebahagian wanita hamil akan mengalami rasa mual hingga ke bulan2 berikutnya.)