Showing posts with label reNunGan. Show all posts
Showing posts with label reNunGan. Show all posts

Thursday, 16 August 2012

sPOnTanEouS tHursDay



Berdiam bukan bermakna pendiam
tetapi berdiamlah daripada berkata sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah

Saturday, 11 August 2012

GuNakaN dGn SesUai dGn KehEndaK TuHaN

‘’Barangsiapa membaikkan niatnya, maka Allah akan menjadikan baik lahiriahnya.’’
Seseorang yang niatnya (atau semangatnya) tertuju kepada Allah, meskipun pada saat itu anggota tubuhnya masih melakukan perbuatan yang tidak diredhai, maka suatu saat anggota tubuhnya akan menjadi baik jua.



Friday, 10 August 2012

BiLa. . . . . .

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI

Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?" 

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR 
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR' 
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata 
"JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata 
"TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?" 
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata 
"YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?" 
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata 
"APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?" 

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.

Monday, 6 August 2012

ReDha


Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka... :)

Sunday, 5 August 2012

rEnuNg2kAn daN sELaMat BerAmaL


"Imam Syafie sering menegaskan kepada anak-anak muridnya supaya tidak bertaqlid (mengikut atau percaya sepenuhnya kata-kata orang) kepada dirinya. Allah telahpun memberikan kita akal. Dalam menerima sesuatu nasihat orang, janganlah terus menerus menelan semuanya tanpa berfikir mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang sahih, mana yang palsu, mana yang dibuat-buat ibarat dalam memerah nyiur, santan di ambil hampasnya dibuang"


*** banyakkan mengkaji dan kurang kan mengeji (^___^)

Thursday, 26 July 2012

Doa Pelembut Hati

Apa korang buat bila "KECIL HATI" dengan seorang KAWAN? 
Dalam persahabatan banyak perkara yang berlaku samaada yang manis mahupun yang pahit. 
Bukan semua orang boleh menjadi kawan yang baik dan bukan semua orang mendapat kawan yang baik. Aku tahu , aku pun banyak buat kawan-kawan aku "KECIL HATI". 
Maaf la kepada kawan-kawan yang pernah aku kecilkan hatinya. 
Kadang kala kita tak sedar yang kita telah membuatkan kawan kita kecil hati. Maafkan aku wahai sahabat ~


Maksudnya :

1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam diatas 'Arasy. 
-----------------------------------------------

p/s: Doa pelembut hati ni boleh la diamalkan oleh diri sendiri terutama jika anda seorang yang pemarah & cepat terasa . . . 
lembutkan hati anda dengan doa. InsyaAllah

##  Bersih kan hati dari segala apa pun. 
InsyaAllah hati rasa tenang semula.

Sunday, 22 July 2012

Talam Dua Muka !!!

Wee...tajuk macam emo je
Taklah. Cuma tak faham atas dasar apa perlu bertalam 2 muka ni?


Adakah anda tahu apa itu talam dua muka ? 
talam dua muka , golongan ini biasanya bersifat neutral 
tidak menyebelahi mana mana pihak pada kasar tetapi hakikatnya mereka mempunya agenda sendiri . 

# Ramai manusia banyaklah ragamnye
Ragam manusia ni bermacam-macam jenis
ada yang baik, ada yang okey dan ade yang jahat
Manusia ni kan kadang-kadang ada boleh yang diharap
kadang-kadang x boleh nak harap pun ada gak.

Manusia ni depan kite baik sangat..ayatnye lebih manis dari madu lebah.
Bayangkan lah, tapi belakang kita mengumpat dan mengata kita habis habisan.
huhhh dasyatnye seorang insan yang bernama manusia ni bila muka dia dah bertalam dua ni T____T 

Ha..tu baru jenis yang talam dua muka... 
macam mane pulak dengan orang yang selalu bermuke-muke.?
hari ini lain. Esok lain..Lusa lain..Tulat lain....
Ape kaitan dengan orang talam dua muka dengan orang yang suka bermuka-muka ???
 Confius ni.. hehe.. 


Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. 
Jenis yang begini memang banyak dalam dunia sekarang ini.
Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. 
Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? 
Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari. ..

Oleh itu, kite kena berwaspada lah dengan orang yang mcm ni k
Jangan kite jadi macam orang yang bertalam dua muka ne (^_^)

** selain dari jgn jadi talam dua muka ni kite jgk harus lah jauhi dari mjadi penghasut (^_~)

Saturday, 10 March 2012

TenTaNg KaHwaN



Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Thursday, 19 January 2012

jOm mEngiNtAi LanGiT


"Langit tu TIDAK selalunye CERAH dan juga tak selalu GELAP"

tidak semestinye sekarang kite bahagia / senang / mewah bermaksud selama2 nye kite begitu dan tidak semestinye sekarang kite kecewa / susah / tidak bahagia akan selama2nya kite begitu
semuanya bahagian masing2 dan dah tertulis oleh-NYA untuk kite

Sunday, 18 September 2011

PaNdUaN UnTuk SeMua



♣  Biarlah org mengata kita, jangan kita mengata org.

♠  Biarlah org menfitnah, jangan kita melakukannya.

♣  Biarlah org menzalimi kita, kita maafkan saja.

♠  Biarlah org mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka.

♣  Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam lebih baik.

♠  Kenanglah budi org, lupakan jasa kita.

♣  Balaslah jasa org, lupakan jasa kita.

♠  Balaslah jasa org, lupakan kejahatan.

♣  Alangkah baiknya membalas kejahatan org dengan kebaikan.



***Inilah sebahagian sifat mahmudah, yg patut ada pada diri kita... 

Monday, 12 September 2011

KhaS uNtuK kaUm AdaM

KhaS uNtuK kaUm AdaM di LuaR saNa
HaYaTiLaH ....


"Lelaki jgn sesekali menyakiti hati wanita sehingga dia menitiskan air mata kerana di akhirat kelak Allah akan menghukum lelaki tersebut dgn kiraan titisan airmata wanita tersebut"
(n_n)



Friday, 9 September 2011

KomPom mAsUk sYuRga Ke ?

saLaM jUmaaT (^_^)
SeMua yAnG tUtUp aUraT, KomPom mAsUk sYuRga Ke ?
SeKadaR pErkoNgsiaN uTk kiTe beRsaMa di HarI jUmaaT






GamBar diAmbiL dRpd fACeBooK.
AkU RaSe iNi buKaN pErbUaLan SebENaR keRaNa jaRaK di aNTaRa sEtiaP pOsT aDaLah sNgt pENdEk. sEkaDaR 5 - 6 SaaT saHaJa.
TaPi aPa yG pEnTiNg, oRg yG mEmbaCaNya dPt mEseJ yG cuBe diSamPaiKan (=_~)

Tuesday, 6 September 2011

rEzEkI RaYa (^_^)

aLhaMduLiLLaH n aKu bersYUkUr cOz
taHUn nIe aKu daPat sAmbUt aiDiLfiTRi seKaLi laGi
WaLaupUn raYa aKu taHun nI x BeraPa mEriaH 
tApi aKu sNgt2 BerSyuKur cOz aKu daPat rezEki RayA (^_^)
oPsss...aKu buKan naK meNUnJuk oR beLaGak 
taPi jUz naK sHaRe aPe yAng aKu daPaT (*_~)
hUhUhU
nAk taHu aKu dApaT aPe....??
mEh teNgoK ni




























wEiiiii..........aKu daPaT dUit raYa !!
aKu sAnGAt2 tAk saNGkA aKaN daPat
ye lA kAn...akU daH kEjE daN uMuR daH banYaK kOt maNe bLeh dPt laGi
mALu ar Weiii (^_*)
tApI nAk wAt mCm nE oRg naK baGi kAn
kIte aMik jE la (^_^)
RM200 jGk la aKu dPt daRi oFiS nI
tErIma KasIh sNgt2 kPd dr.R, dR.H, MaTRoN.Y, MaTRoN.K, SisTeR.f dLL
kAmU mmG bOs yG bAiK & BesT
hEhEhE, taHuN dEpaN baGi lAGi yE (^_^)
sEmoGa RezEkI kaLiaN dImURaHkAn laGi
oPsssss....bKan nIe Je aDe lAgI yG aKu dPt





































daPat HamPer LoL (*_*)



tErIma KaSiH yE (*_^)



♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥



reNunGaN bErsAma :

sEsiaPa yaNg meLaKuKaN aMaL kEbaiKaN, aKaN diBaLas oLeH AllaH dEngaN kEbaiKaN jUga di dUnia daN di aKhiRat NaNti


Surah al Zalzalah : 




"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."

Sunday, 4 September 2011

tHiNkiNg oF yOu...!!

"Hawa diciptakan dari rusuk Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya,tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk dicintai..."


tOgEtHer & fOReVeR

Monday, 29 August 2011

BERILAH KEMAAFAN ITU


BERILAH KEMAAFAN ITU

Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah
Berilah senyuman itu

Ikatkan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwa kan terhibur
Berilah hati itu

Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia
Berilah apa yang dipinta

Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!