Showing posts with label iNFo tO shArE. Show all posts
Showing posts with label iNFo tO shArE. Show all posts

Sunday, 8 April 2012

hoYEa....cuti !!

Tuan/Puan, 
hebahan pemakluman 
11 April 2012 (Rabu) sebagai hari kelepasan am tambahan
oleh Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara pada 24 Februari 2012
di Majlis Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin 
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah 
pada 24 Februari 2012.


** mr.fiance jom dating !!
mood GEDIX (^_^) **

Wednesday, 4 April 2012

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 2012

alhamdulillah
ape yang ditunggu2 dah pun keluar

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012
atau  Pekeliling tentang Gaji Baru SSM


Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan 
Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
klik SINI utk download

dan yg kite paling suke n xcited adalah
Cara Pengiraan Gaji Baru SSM/ Pemindahan Gaji
(mengikut PP. Bil.1/2012) 
klik SINI
 untuk kire (^_^)


bersyukur sngt2 coz ape yg ditunggu dh di umumkan 
wpun sket hampe dgn SBPA (=_~) 
tp aku tetap bersyukur dgn kenaikkan gaji ni
dpt jgk wat tmbh2 belanje b4 kahwin n selepas kahwin (^_^)

Saturday, 17 March 2012

RUMAH TERBALIK PERTAMA DI MALAYSIA

RUMAH TERBALIK DI SABAH | RUMAH TERBALIK PERTAMA DI MALAYSIA


Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.

Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.

“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.

Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.

Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.
Hiasan dalaman di dalam rumah diletakkan secara terbalik seolah-olah seperti tergantung.

Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu.

Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka untuk rekaan terbaru itu.

Wednesday, 18 January 2012

SeMak KePuTuSaN BaNtUaN RaKyaT 1 MaLaySia (BR1M) RM500

Salam, tahniah kepada semua pemohon yang berjaya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bagi yang belum mengetahui keputusan permohonan dan tercari² bagaimana nak membuat semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Sebenarnya, anda boleh mengetahui keputusan permohonan tersebut samada berjaya atau tidak melalui tiga kaedah.



Pertama melalui Pos. Keputusan samada pemohon layak atau tidak untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan mula dihantar secara berperingkat² ke semua alamat pemohon secara pos. Di situ, pemohon yang berjaya akan dimaklumkan mengenai tarikh penerimaan dan tempat majlis penyerahan baucar akan diadakan. 

Kedua, pemohon boleh membuat semakan secara online dengan menghubungi Talian Hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012 ini, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari bekerja. 

Ketiga, selain membuat panggilan, pemohon juga boleh membuat pertanyaan menerusi email ke belanjawan2012@treasury.gov.my


Bagi yang gagal dalam pemohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pemohon boleh la membuat rayuan dengan menggunakan borang khas yang boleh diperolehi di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)dan agensi² kerajaan yang berkenaan atau pun muat turun di laman web http://www.treasury.gov.my/


Untuk pengetahuan anda juga, buat masa ini, semakan secara online menerusi laman web tertentu, memang tak ada lagi. Jadi kepada yang ingin menyemak tu. Harap banyak² bersabar k. Nanti sekiranya ada, saya akan updatekan disini 

Sumber Rujukan: Anastasyea

Wednesday, 14 December 2011

SyaRat baGi BaNtUaN RaKyaT 1MaLaySia (BR1M) RM500

salam blogger tersayang
hari ni aku nk sambung cerita smalam 
aku nk tolong jelaskan lagi mengenai syarat2 untuk memohon BR1Mpada sesape yg masih x jelas dan kurang jelas (mcm aku) blh tngk dkt bwh ni





Individu yang layak

√  Warganegara Malaysia;
√  Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,ooo dan ke bawah yang merakumi;
√  Berkahwin;
√  Ibu dan bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
√  Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara.


Sila kemukan salinan

i.  MyKad / Kad Polis / Kad Tenterra;
ii. Penyata / Slip haji terkini bagi permohonan yang menerima gaji sahaja.
iii. Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.


TALIAN HOTLINE :
1-800-222-500 UNTUK BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M), RM500

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Borang BR1M boleh didapati secara percuma dengan memuat turun di laman web Kementerian Kewangan.
atau boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan bermula 10 Disember 2011.


p/s: Jangan tertipu dengan sindikit menjual borang BR1M kepada orang awam kerana ia adalah percuma.

Tuesday, 13 December 2011

BaNtUaN RaKyaT 1MaLaySia (BR1M) RM500

salam sume
Rasanya ramai yang sudah mengetahui mengenai bantuan rakyat RM500 yang diberikan kepada yang layak sempena Bajet 2012
so dkt sini aku nk share info sket pada sesapa yg x jelas lg 
dan pada sape yg dah jelas n berkelayakan boleh ar memohon bantuan ni




SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN RM500
  1. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
  2. Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  3. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  4. Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  5. Warga emas sebatang kara
  6. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk
    memohon.
BORANG PENDAFTARAN/ PERMOHONAN BANTUAN RM500
Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
PEMBAYARAN BANTUAN RM500
Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

iklan / pekeliling lengkap blh dpt di SINI

Sunday, 30 October 2011

MENCARI KAWAN YANG BAIK DAN SEJATI?

salam sume 
Tiba-tiba teringatkan kawan-kawan. Hari-hari berjumpa kawan. Kadang-kadang memang kita ada kawan sejati , kawan baik dan kawan rapat. Saya nak bezakan antara mereka pun tak berapa reti. 
So jom bace info yg aku dpt mase BW semalam (=_~)

KAWAN SEJATI
Sehingga tamat persekolahan baru lah saya temui kawan sejati, iaitu setelah saya mula bekerja. Walau pun kini jarang bertemu sebab masing-masing dengan urusan kerja dan keluarga, tetapi bahang "kesejatian" begitu terasa sekali sampai kini. Hubungan kami sangat rapat. Bukan rapat sebab selalu berhubungan atau keluar berjumpa, atau saling berkunjungan. Tapi kami rapat dari segi hubungan hati, tulus ikhlas, saling membantu dan prihatin bila ditimpa kesukaran atau musibah. Sentiasa menasihati bila kita alpa dan tersasar dan sentiasa bersama dalam susah dan senang.

KAWAN MAKAN KAWAN
Ada juga saya temui kawan jenis makan kawan. Kita tak perlu berhati-hati memilih kawan. Apa yang penting ialah kita perlu berhati-hati bila berkawan. Dalam berkawan, yang baik pada kawan kita ambil, yang buruk jadikan sempadan dan cuba pulihkan, bukan mengapi2kan atau memburuk2kan. 
Kawan yang makan kawan ialah kawan yang bermuka-muka, pandai sangat ambil hati dan kita percaya setengah mati. Segalanya diceritakan kepadanya bila berhadapan dengan masalah, tapi dibelakang kita kawan ini akan memburuk2kan kita dengan pelbagai cara.


KAWAN MENANGIS DAN KETAWA
Kata orang kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah didapati. Memang jenis kawan seperti ini sering kita temui. Dalam hidup saya, saya tak sunyi daripada berjumpa dan bergaul dengan kawan yang seperti ini. Biasalah, manusia mana ada sempurna, kadangkala bila kita dalam kesusahan , ada kawan yang datang membantu meringankan beban dan perasaan yang kita tanggung. Dan pada masa yang sama juga ada kawan yang kata "padan muka mung", dan bersorak gembira bila kita ditimpa sebarang musibah dan menambah lagi dengan pelbagai umpatan. Tapi saya sangat bersyukur dan Alhamdulillah, sekarang ini, saya dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik2 belaka. Semoga keadaan ini berterusan.

KAWAN YANG "PUTAR ALAM"

Kawan jenis ini cakapnya berbelit-belit. Di depan kita lain bicaranya, dibelakang kita lain tutur katanya. Apa pun keuntungan selalu berpihak kepadanya. Nasibnya selalui baik, kadang-kadang selalu dicari orang untuk sesuatu tujuan tertentu yang berkepentingan.

KAWAN BILA PERLU SAHAJA (When need)
Maksudnya kawan yang hanya baik dan rapat dengan kita bila ketika dia dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan sahaja. Jenis ini hanya pentingkan diri dan memerlukan pertolongan untuk kepentingan peribadinya. Apabila kepentingannya sudah terlaksana dan tercapai, mereka akan menjauhi dan silap haribulan boleh menjadi musuh.

nota siku :
aku harap info yg aku bagi ni sket sebanyak dpt membantu rakan blogger ketika bekawan ye
supaya kite sama2 dpt menghargai kawan kite (^_^)
walau apa2 pun, aku tetap utamakan n sayangkan keluarga aku n en.bf 
coz mereka la yg selalu ade dgn aku bila aku susah n senang & ketika aku suka n sedih 
  

Tuesday, 11 October 2011

PERLU KE NAK BUAT MAJLIS BESAR BESARAN SEMASA BERTUNANG?


salam all
huhu...dh lama x update blog
RiNDu la plak (^_^)
tp hari ni aku x dpt nk bercerita panjang coz aku busy menyiapkan kerja yg tertunggak semalam...semalam aku cuti dan esok smp jumaat aku akan pegi kusus...so harus la menyelesaikan kerja2 (^_~)
ok2, kali ni aku nak share tentang pendapat aku mengenai adat pertunangan. kalau kta tengok most of people suka buat majlis pertunangan secara besar besaran. kadang kadang kita confuse, ni majlis tunang ke majlis kahwin ni?
tak percaya? ni antara trend pertunangan zaman sekarang.

  • kalau boleh nak jemput semua orang kat dunia ni untuk hadir ke majlis tunang.dari sedara mara, kawan kawan, kawan kepada kawan, ramai lagi ah. tapi so far aku belum dapat kad jemputan majlis pertunangan lagi. but recently ramai yang jemput guna facebook. so kita imagine betapa ramainya dorang jemput.

  • pelamin. now we talk about pelamin. zaman dulu tak ada pelamin. keluarga lelaki akan masuk bilik perempuan untuk sarungkan cincin. but nowaday semua tu macam dah tak ramai amalkan. zaman sekarang sarung cincin depan orang ramai. atas pelamin lagi. tak tahu apa motif.

  • kalau dulu si lelaki tak akan datang ke majlis tu. kalau datang pun just nak tunjuk jalan rumah perempuan. lepas tu dia akan jadi invisible. means that orang pun tak tahu siapa tunang perempuan tu. yang mana satu? tercari cari dalam sejam jugak ah kan. tapi sekarang, si lelaki akan datang pakai baju melayu siap bersampin songket lepas tu show off kat orang ramai 'aku lah tunang dia!' 

  • bila bergambar mesti malu malu. penat ah nak panggil lelaki tu untuk bergambar kejap dengan si perempuan. tu pun duduk jauh jauh. sekarang? takyah panggil. si lelaki akan datang kat perempuan tu siap panggil dia punya photographer ambik gambar. atas pelamin lak tu

so nampak tak beza adat pertunangan zaman dulu dengan zaman sekarang? aku tak kisah kalau orang nak panggil aku kolot ke wateva tapi aku bercakap berdasarkan apa yang aku baca. well pendapat orang tua tu kadang kadang kena dengar. 

Actually kita tak digalakkan menghebahkan pertunangan kita. dan buatlah secara bersederhana. sedangkan majlis perkahwinan pun, Islam menyuruh kita bersederhana. ni kan pulak majlis pertunangan. tapi aku tengok macam dah trend pulak majlis pertunangan secara besar besaran ni. nak nampak grand! 
nak bagi semua orang terbeliak tengok majlis tu. kot! ke ada motif lain?

Jika benar-benar nak mengikut seperti kehendak Islam – Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu.)

Apa yang ditulis adalah sunnah. Syariat islam ada hikmahnya. Carilah hikmah kenapa pertunangan dirahsiakan. Jadi, atas dasar apa nak buat kenduri pertunangan grand macam kenduri kawin ?larangan maksudnya jangan buat.
Nak kata haram ke? Tak taulah, mungkin makruh. Kalau makruh, maksudnya Allah benci..  

Agaknya kalau nabi s.a.w dah larang, tapi kita nak buat jugak, ada nilai ibadah ke disitu? Tapi kita buat sebab nak tau berdosa atau tidak.. Mungkin jawapannya kita boleh dapat masa buku catitan amal dibuka. 

so siapa yang bakal bertunang tu, take note ok (^_^)

Friday, 16 September 2011

1 MaLaySia !

saLaM jUmaaT
saLaM 1 MaLaySia
jOm sHaRe InfO sKet...
x Mo lA cUtI jE taPi x TaHu aPe MakSud CuTi 1 MalaYsIa tU kAn (*_^)


"Hari Malaysia akan dirayakan dengan acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," 

Hari Malaysia diraikan setiap tahun untuk memperingati pembentukan Persekutuan Malaysia membaitkan penyertaan Sabah dan Sarawak 16 September 1963. 


sELaMaT BerCuTi kaWaN2 !!

Saturday, 10 September 2011

NiLai HanTaRan KahWiN (^_^)

haRi nIe nAn haDo ciTe yG naK dIcEriTakaN
sO nI Je cItE yG aDo 
oK la KaN daRi x berHaPdEt bLog aKu nIe (*_^)



Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000

SPM : RM3,000-RM8,000

STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000

DEGREE : RM12,000-RM15,000

2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000

PHD : RM20,000-RM30,000 

( eRmmm, kAlO oRg tU bLaJa DipLoma tP x hBis bLajA, bEnTi sEtEnGaH jLaN yG tU naK kiRe mCm nE ehh ?? )


MaMpUiH TaK laKu KaLau iKuT haRga niH
InGat nAk jUaL oRaNg kE haPe..? 
KaLo aDe dUit 3 jUtA daLaM baNk tU xPe la jGk kAn !
MaHal maHaL taPi taK taU bUat kEjE rUmaH nAk bUaT haPe. MeMbaziR(*_~)

Friday, 9 September 2011

KomPom mAsUk sYuRga Ke ?

saLaM jUmaaT (^_^)
SeMua yAnG tUtUp aUraT, KomPom mAsUk sYuRga Ke ?
SeKadaR pErkoNgsiaN uTk kiTe beRsaMa di HarI jUmaaT






GamBar diAmbiL dRpd fACeBooK.
AkU RaSe iNi buKaN pErbUaLan SebENaR keRaNa jaRaK di aNTaRa sEtiaP pOsT aDaLah sNgt pENdEk. sEkaDaR 5 - 6 SaaT saHaJa.
TaPi aPa yG pEnTiNg, oRg yG mEmbaCaNya dPt mEseJ yG cuBe diSamPaiKan (=_~)

Wednesday, 7 September 2011

WaHai pEnggEmaR c0kELat !!



aii....jUz waNt U tO kNoW I'm a cHoCoHoLic (^_^)
RaMai bErPenDapAt maKaN coKeLat iTu mEnGgEmUkkan
bEtuL kE ?? 
kaLo naK taHu, c0keLat mEmPuNyai baNyaK kEbaiKaN


aNtaRa kEbaiKaN CoKeLaT nIe aDaLaH :
  1. lemak koko dalam cokelat mempunyai 38.2% asid oleik yang mampu merendahkan paras kolestrol di dalam darah.
  2. cokelat mengandungi sejenis bahan kimia (phenol) yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung.
  3. cokelat gelap (dark chocolate) merangsang pengeluaran endorfin yang membawa pada perasaan senang.
  4. mengandungi serotonin yang bertindak sebagai anti-depressant.
  5. satu kajian menyatakan yang cokelat bertindak seperti teh. teh bertindak sebagai anti pengoksidaan.
  6. tak dapat dinafikan lagi yang cokelat sesuai untuk golongan aktif kerana ia membekalkan tenaga.
  7. cokelat untuk kecantikan??? Ye, cokelat dapat melambatkan proses penuaan kulit, melembut dan menghaluskan kulit.
  8. cokelat bibitkan rasa cinta. mengandungi phenylethylamine yang merangsang penghasilan dopamine yang akan menyebabkan rasa gembira, meningkat rasa tertarik dan sebagainya. _now I see why woman likes chocolate as a present. 
  9. cokelat mengandungi bahan anti kerosakan gigi _bakal dentist please take note! mengandungi tannin, kasein dan asid oksalik. ia dapat mengahalang pembentukan plak pada gigi. 
  10. cokelat tak menyebabkan jerawat ! jangan salahkan cokelat lagi ehh lepas ni.
sO aPa LaGi yG diTuNggU2 ? 
DaPaTkaN CoKeLaT peLbaGai JeNis di keDai bErdEkaTaN JiKaLaU tAk maU sTrEss, tAk maU saKiT jaNTuNg, tAk maU aDa pLak di cELah2 gigi, mau aWeT mUda daN sEbaGaiNya. 
(^_^)



Thursday, 11 August 2011

kOraNg rAsE2 pErLu kE...??

aSSaLamUaLaiKuM
hAii aLL...!!! pOSe x hAri Ni??
buRppp...aLhamduLiLLaH
ooPsss (^_^)
oK2...harI nI saYa nAk ciTe paSaL
"maJLis iKaTan ciNTa 1 HaTi 2 JiWa"
hEhEhEhE...koRaNg peRNah deNGar PaSal maJLis tU tAk?
eRmm, maKsuDnYe maJLis KahWin oR maJliS tUnaNg lA (*_^)
eNtrY kaLi nIe aKu nAk sHarE paSaL mAjLis PerTunaNGan.
kOraNg pEraSaN tAk sEkaRanG nI raMai bUat maJLis PertuNaNgaN mEnGGunaKan PelaMiN....eRmm, pElaMiN daLam MajLis PerTunaNgan seBenaRnYa pErLu kE taK pErLu....??
koRaNg raSe oVeR ke kaLo nAk tuNanG aDe meNDe ni suMe..??
yE lAh...kaNg aDe pLak muLoT2 kAt beLaKanG d0k nGumPat...
"alohhh...budak nih..baru tunang dh berpelamin plak.."
"ee...over tau minah ni...ko ingt ko sorang je ke nk tunang??"
"ko ingt ade ke nk tgk ko kt pelamin tu??"
hEhEhE...
oK2...mEh aKu toLoNg jeLaskAn paDa yAnG x beRaPe jELaS tU
seBenaRnYa,iKut kPd kEmaMpuaN baKaL peNganTiN teRseBut
seKiRanYa dIa raSe naK gUna PelAmiN mINi daLaM mAjLis nYa 
aPe saLaH nYe kaLo diA bErkeMamPuaN buKan naK berLagAk oR berMegaH2 taPi naK jUgaK maJliS pErtuNaNgan meRekA caNtik....
yE La seKaLi sEumUr hIduP jE kaN ??
baGi aKu jGk lA kaN, mInI pElaMin kalO wAt xDe lA mEmbaZir sNgt coZ bILe oRng oR kaWaN2 yG daTang tu dPaT lA meLIhaT dGn lEbIh dEkaT siTuaSi mAjLIs PertUnaNGan tU daN dPt mEngaBdIkaN kEnaNgaN bErsAmA baKaL pEngaNtIn (^_^)
aKu baRu lePas sEaRch gMBr2 miNi peLaMin kt GOOGLE..
comey sgt.....!!

jOm tNgoK (^_*)







sHanTek n ChOmeI kAn??
taPi kEnE iKut KemaMpuAn lA jGn seKaDaR iKut tRend sAja oK.

sO bAgI aKU yG xDe dUit RM3 JutA dLam baNk n bKan bEkErjA sBg PenOloNG peGAwaI pEnYeLidiK yg berGaJi RM2k++ bEttEr aKu mEmILiH mInI pELamIn yaNg diBuaT sNdR jE
mEh tNgoK gMBr2 miNi peLaMin DIY





yAng nI laGi sImPLe
caNtiK n snGt2 JimAt Ok (^_^)







Pok0k paNgkaLnYa daN
YaNg peNTing iKut kEmAmPuan kiTa ye x (~_*)

Ok lAh...hOpE koRaNg eNj0y eNtRy kaLi Ni yeRk..!!!

Wednesday, 27 July 2011

HotLinK - TiaDa LaGi BIS

Seperti yang anda sedia maklum 
(dan kalau belum maklum meh sini baca posting aku ok!) 
BIS bonus plan akan 
DISCONTINUED selepas 30 Julai


So what does this mean?


Memang tertunggu² apa plan selanjutnya tapi nampaknya walaupun sambutan yang hangat pada BIS ni Maxis masih merasakan depa still  need to make money *haih*
Memang la mengharapkan Hotlink datang dengan sesuatu yang lebih baik atau sekurang-kurangnya setara dengan pelan semasa tetapi malangnya tiada.
Before that kena la jelaskan tentang rancangan BIS baru mereka yang terbahagi kepada dua, yang dipanggil BIS Lite dan BIS Social.


BIS Lite 
 anda boleh menikmati push e-mel, BBM dan lain-lain perkhidmatan mesej segera (IM) seperti Google Talk, MSN Messenger dan Yahoo Messenger. 
Social networking TIDAK termasuk dalam pelan ini. 
Ya, saya ulangi, anda TIDAK boleh menggunakan Facebook, MySpace dan Twitter dalam pelan BIS Lite ini. 
Bagaimanapun, saya mendapati bahawa anda tidak memerlukan perkhidmatan BIS untuk Twitter (jika BB anda boleh WiFi). 
Oleh itu, Facebook sahaja yang menjadi masalah utama sekarang.

BIS Sosial 

 dari nama dah tau dah apa kandungan kan?
IM dan rangkaian sosial yang disokong TAPI 
sob! sob! uhuk! uhuk! 
 tiada perkhidmatan e-mel :(

Harga langganan adalah RM1 (setiap hari), RM7 (mingguan) atau RM30 (bulanan). 

Saya tidak tahu jika anda boleh melanggan kedua-duanya pada satu masa kerana ia masih akan lebih murah daripada BIS penuh Hotlink yang ditawarkan sekarang ini.

Tapi yang tak sedapnya.... 

ada yang mengatakan it might take up to 2 to 3 days untuk activate 
huhuhu....mmg itu la aku n en.bf rase kan skrang (^_~)
merasalah kan 2 - 3 days xdpt BBM

Saya rasa kesian dan simpati bagi pelanggan BIS Bonus semasa kerana sama ada anda perlu menukar ke telekomunikasi lain

(DiGi atau Celcom) atau melanggan pelan BIS penuh yang iaitu RM98 sebulan, RM28 mingguan atau RM2.50 setiap hari (bukan sepenuhnya BIS)

untuk informasi sepenuhnya, layari Hotlink Prepaid Blackberry


** aGak2 aKu bLeh jAdi jURucAkaP uTk HotLinK x (^_^)

Tuesday, 26 July 2011

BlaCkbeRry InTeRneT SeRviCe (BIS)

Aku rasa tak semua orang tahu yang telefon pintar Blackberry mampu menggunakan
 Blackberry Internet Service (BIS) 
Bagi yang tak tahu, telefon pintar Blackberry memerlukan pelan Blackberry Internet Service (BIS) untuk menggunakan aplikasi yang memerlukan internet.
Dan ramai orang fikir yang mereka memerlukan pelan postpaid untuk menggunakan servis itu. Kini tidak lagi kerana syarikat telekomunikasi utama Malaysia iaitu Maxis dengan pelan Hotlink, Celcom dengan pelan Xpax dan Digi dengan Digi Prepaid telah memperkenalkan Blackberry Prepaid.

Di sini aku ingin berkongsi cara untuk mengaktifkan Blackberry Internet Service (BIS) untuk pelan prepaid 


Hotlink
Hotlink dari Maxis ini mempunyai 3 jenis Blackberry Prepaid 
– Sehari, Seminggu dan juga Sebulan
Lihat gambar dibawah ini.

Dial *100#, pergi ke “Internet & Settings“, pergi ke “Blackberry Internet Services (BIS)“, pilih service seperti di atas (daily, weekly or monthly), pilih pakej berdasarkan phone model (2G atau 3G) dan pilih“Proceed“.“.

Celcom

Xpax dari Celcom ini juga mempunyai 3 pakej pilihan tapi bukan seperti Hotlink dari Maxis. Xpax mempunyai pakej Blackberry Messenger (BBM), 
Blackberry Social dan Blackberry Advance. 
Lihat gambar di bawah.


Cara mengaktifkan Prepaid Blackberry Xpax

  • SMS BB<ruang>ON dan hantar ke 28882.
  • SMS panduan akan dihantar kepada anda untuk melanggan Blackberry Messenger, Social ataupun Advance.
  • Ikut arahan seterusnya
DiGi

DiGi hanya mempunyai satu pelan Prepaid Blackberry iaitu RM2 untuk sehari.
Cara mengaktifkan Prepaid Blackberry boleh dilihat di bawah ini.


Cara mengaktifkan Prepaid Blackberry DiGi melalui SMS
SMS ON<ruang>BB<ruang>FD dan hantarkan ke 2000

Cara mengaktifkan Prepaid Blackberry DiGi melalui UMB
Dial *128#, pergi ke “Mobile services”, pergi ke “Blackberry”, pergi ke “Activate” dan pilih “Confirm”


Aku harap panduan ni berguna pada pengguna Blackberry Prepaid yang baru berjinak-jinak. Bagi aku pakej prepaid ini agak murah. Social networking dan Instant Messaging yg paling penting bagi aku (*_^)