Tuesday 26 July 2011

BlaCkbeRry InTeRneT SeRviCe (BIS)

Aku rasa tak semua orang tahu yang telefon pintar Blackberry mampu menggunakan
 Blackberry Internet Service (BIS) 
Bagi yang tak tahu, telefon pintar Blackberry memerlukan pelan Blackberry Internet Service (BIS) untuk menggunakan aplikasi yang memerlukan internet.
Dan ramai orang fikir yang mereka memerlukan pelan postpaid untuk menggunakan servis itu. Kini tidak lagi kerana syarikat telekomunikasi utama Malaysia iaitu Maxis dengan pelan Hotlink, Celcom dengan pelan Xpax dan Digi dengan Digi Prepaid telah memperkenalkan Blackberry Prepaid.

Di sini aku ingin berkongsi cara untuk mengaktifkan Blackberry Internet Service (BIS) untuk pelan prepaid 


Hotlink
Hotlink dari Maxis ini mempunyai 3 jenis Blackberry Prepaid 
– Sehari, Seminggu dan juga Sebulan
Lihat gambar dibawah ini.

Dial *100#, pergi ke “Internet & Settings“, pergi ke “Blackberry Internet Services (BIS)“, pilih service seperti di atas (daily, weekly or monthly), pilih pakej berdasarkan phone model (2G atau 3G) dan pilih“Proceed“.“.

Celcom

Xpax dari Celcom ini juga mempunyai 3 pakej pilihan tapi bukan seperti Hotlink dari Maxis. Xpax mempunyai pakej Blackberry Messenger (BBM), 
Blackberry Social dan Blackberry Advance. 
Lihat gambar di bawah.


Cara mengaktifkan Prepaid Blackberry Xpax

  • SMS BB<ruang>ON dan hantar ke 28882.
  • SMS panduan akan dihantar kepada anda untuk melanggan Blackberry Messenger, Social ataupun Advance.
  • Ikut arahan seterusnya
DiGi

DiGi hanya mempunyai satu pelan Prepaid Blackberry iaitu RM2 untuk sehari.
Cara mengaktifkan Prepaid Blackberry boleh dilihat di bawah ini.


Cara mengaktifkan Prepaid Blackberry DiGi melalui SMS
SMS ON<ruang>BB<ruang>FD dan hantarkan ke 2000

Cara mengaktifkan Prepaid Blackberry DiGi melalui UMB
Dial *128#, pergi ke “Mobile services”, pergi ke “Blackberry”, pergi ke “Activate” dan pilih “Confirm”


Aku harap panduan ni berguna pada pengguna Blackberry Prepaid yang baru berjinak-jinak. Bagi aku pakej prepaid ini agak murah. Social networking dan Instant Messaging yg paling penting bagi aku (*_^) 

2 comments:

  1. ooo cam tu ye...dah tau da ni hehehehe
    wesss akk tag kamo
    http://sweetumi79.blogspot.com/2011/07/second-giveaway-hajar-azman.html
    (^_^)

    ReplyDelete