Saturday, 10 December 2011

TIPS: Mengatasi Blog Berat Dan Lambat Loading

haii peeps. . . .
hari ni aku nk share lg satu info utk blogger2 sume  
Ramai orang yang pentingkan keringanan blog untuk blogwalking kan? 
Lagi-lagi yang online guna broadband yang dah habis limit.
Memang menguji kesabaran la nak tunggu satu-satu blog tu habis loading. Silap-silap terus tutup. Cancel la nak blogwalking


Tapi korang tau tak apa punca blog tu jadi berat? 
Ada yang dah tau ada jugak yang tak tau kot
Tak pe yang dah tau tu kite tambahkan pengetahuan, yang belum tau tu cepat-cepat la amik tau ye
Sesuatu blog tu berat mungkin disebabkan perkara-perkara macam ni:

  • Widget Follower - Widget ni memang berat. Seeloknya, letak dekat sidebar bawah sikit. Ada yang letak bawah header. Bahaya tu. Kalau lambat loading widget tu, entri korang pun lambat keluar.
  • Entri Halaman Depan - Tak payah lah letak sampai 10 entri dekat page depan blog korang tu. Cukup 1-3. Kalau takut orang tak baca entri lepas, pasang Blog Archieve atau Recent Post.
  • Bloglist - Cukup 1 atau 2 je senarai bloglist korang tu. Tak payah sampai 5 kategori. Memang blog jadi berat secara mendadak punya.
  • Template - Template blog tu yang memang lembap. Kita boleh preview dulu mana-mana template yang kita nak guna, untuk test tahap kelembapannya. Lebih baik ambik templat yang biasa-biasa je tak payah complicated sangat.
  • Background Blog - Hati-hati ye dengan pemilihan background blog. Warna blank adalah sebaiknya terutama putih.
  • Javascript - Javascript ni yang selalu korang buat add a gadget (HTML/Javascript) tu. Jangan banyak sangat. Blog akan jadi berat gile-gile.
  • Gambar - Gambar yang dimaksudkan ni ialah pada sidebar atau dalam entry. Mungkin sebab gambar tu belum dicompress, tu yang buat jadi load lama.Tak salah nak letak gambar, cuma berpada-pada lah. Kalau yang sekeping dah saiz 200++KB, macamana dengan 5 lagi gambar yang lain? 
  • Header - Header penting untuk menarik perhatian pengunjung dan mencantikkan blog. Tapi jangan guna header yang terlalu besar saiznya. Nanti lambat nak loading. Lebih kurang macam gambar yang bersaiz besar la jugak.
  • Widget/Gadget - Letaklah widget yang berguna sahaja . Seperti recent posts, blog archieve, followers, bloglist, popular posts, shoutbox. Yang terbang-terbang, lompat-lompat, kelip-kelip tu tak payah la ye.

Itu la antara punca-puncanya
hope tips ni sket sebanyak dpt la membantu korunk k (*_*)


No comments:

Post a Comment