Saturday, 1 October 2011

kHaS uTk kAmU !

hUhUhU...daH laMa x waT eNtrY maSaK2
kaLi nIe eNtrY maSaK2 dEdiCaTed uTk CiK QeeMa @ KaKaK
sIbUk lA nAk bLajA wAt KeK cOkELaT nI
pUnCe nYe sBB aHaD LePas aKu wAt kaN CaKe bEsDay uTk hAnA
sEdaP kaTeNye (^_^)


nI aUNty daH bG rEsEpI sO sILa bUaT mEnGikUt ReSePi oK
jGn jaDi mCm kEk baTiK HaRi tU eH (^_*)


Kek Coklat Kukus

Bahan utama :
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn gula pasir
1 cwn marjerin(dicairkan)/minyak masak
1/2 cwn susu pekat manis

Kesemua bahan di atas di campurkan dan masak hingga sebati dan setelah itu tutup api dan biarkan sehingga suam.

Bahan campuran tepung :
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Di ayak bersama.

Bahan telur :
3 biji telur (A)
1 sudu teh ovallete
1 sudu teh esen vanila

Caranya :
Pukul telur bersama ovallete sehingga benar-benar kembang.
Setelah itu, masukkan adunan koko yang telah suam tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali, masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul adunan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus.
Sementara itu sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya. Setelah itu barulah di tuangkan ke dalam loyang. Setelah kukusan sudah panas, bolehlah di masukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama lebih kurang 1 jam atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.
Setelah kek masak, keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan.
Apabila sudah sejuk, keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk topping.

3 comments:

  1. hee.. thankiu3.. lebiu3.. okep3 nnti kakak try buat ehhh... kek batik 2 kurang resepi jep..

    ReplyDelete
  2. nnt dh wat jgn lupe bg aunt rase tau

    ReplyDelete
  3. heee.. boleh3... tp x tau ble nk wat.

    ReplyDelete