salam sume
Tiba-tiba teringatkan kawan-kawan. Hari-hari berjumpa kawan. Kadang-kadang memang kita ada kawan sejati , kawan baik dan kawan rapat. Saya nak bezakan antara mereka pun tak berapa reti.
So jom bace info yg aku dpt mase BW semalam (=_~)
KAWAN SEJATI
Sehingga tamat persekolahan baru lah saya temui kawan sejati, iaitu setelah saya mula bekerja. Walau pun kini jarang bertemu sebab masing-masing dengan urusan kerja dan keluarga, tetapi bahang "kesejatian" begitu terasa sekali sampai kini. Hubungan kami sangat rapat. Bukan rapat sebab selalu berhubungan atau keluar berjumpa, atau saling berkunjungan. Tapi kami rapat dari segi hubungan hati, tulus ikhlas, saling membantu dan prihatin bila ditimpa kesukaran atau musibah. Sentiasa menasihati bila kita alpa dan tersasar dan sentiasa bersama dalam susah dan senang.
KAWAN MAKAN KAWAN
Ada juga saya temui kawan jenis makan kawan. Kita tak perlu berhati-hati memilih kawan. Apa yang penting ialah kita perlu berhati-hati bila berkawan. Dalam berkawan, yang baik pada kawan kita ambil, yang buruk jadikan sempadan dan cuba pulihkan, bukan mengapi2kan atau memburuk2kan.
Kawan yang makan kawan ialah kawan yang bermuka-muka, pandai sangat ambil hati dan kita percaya setengah mati. Segalanya diceritakan kepadanya bila berhadapan dengan masalah, tapi dibelakang kita kawan ini akan memburuk2kan kita dengan pelbagai cara.
KAWAN MENANGIS DAN KETAWA
Kata orang kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah didapati. Memang jenis kawan seperti ini sering kita temui. Dalam hidup saya, saya tak sunyi daripada berjumpa dan bergaul dengan kawan yang seperti ini. Biasalah, manusia mana ada sempurna, kadangkala bila kita dalam kesusahan , ada kawan yang datang membantu meringankan beban dan perasaan yang kita tanggung. Dan pada masa yang sama juga ada kawan yang kata "padan muka mung", dan bersorak gembira bila kita ditimpa sebarang musibah dan menambah lagi dengan pelbagai umpatan. Tapi saya sangat bersyukur dan Alhamdulillah, sekarang ini, saya dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik2 belaka. Semoga keadaan ini berterusan.
KAWAN YANG "PUTAR ALAM"
Kawan jenis ini cakapnya berbelit-belit. Di depan kita lain bicaranya, dibelakang kita lain tutur katanya. Apa pun keuntungan selalu berpihak kepadanya. Nasibnya selalui baik, kadang-kadang selalu dicari orang untuk sesuatu tujuan tertentu yang berkepentingan.
KAWAN BILA PERLU
♥
No comments:
Post a Comment