Thursday 27 March 2014

sTok EBM QaiReeN MeDiNa

  •  alhamdulillah dh 6 bulan aku dpt menyusukan Medina sepenuhnya...hope dpt la BF smpai umur Medina setahun. 
  • sebulan lpas bsalin aku dh start wat stock ebm utk dihntr ke taska Medina bile aku dh start keje nnt.masa tu mmg penuh la peti ais xpyh ckp kan. smpai aku tinggalkan separuh dkt umah PIL aku. kalo bwak blik semua dkt umah aku mmg x muat la peti ais kan.huhuhu
  • mmg target aku nk fully bf kan Medina. hope Allah permudahkan la urusan aku ^____^

  •  
  • ni aku ade nk share sket antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
  1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
  2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
  3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
  6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  8. Barli – air atau bubur barli.
  9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  13. Air horlicks
  14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
  15. Teh hijau jepun
  16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
  18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
  19. Ubat homeopati 

selama 6 bulan ni makanan yg lut dgn aku barli, pucuk manis, air soya dan produk berasaskan soya ) lg2 tempe mmg sgt meriah susu aku), horlicks, bayam dan sawi

No comments:

Post a Comment