Salam, tahniah kepada semua pemohon yang berjaya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bagi yang belum mengetahui keputusan permohonan dan tercari² bagaimana nak membuat semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Sebenarnya, anda boleh mengetahui keputusan permohonan tersebut samada berjaya atau tidak melalui tiga kaedah.
Pertama melalui Pos. Keputusan samada pemohon layak atau tidak untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan mula dihantar secara berperingkat² ke semua alamat pemohon secara pos. Di situ, pemohon yang berjaya akan dimaklumkan mengenai tarikh penerimaan dan tempat majlis penyerahan baucar akan diadakan.
Kedua, pemohon boleh membuat semakan secara online dengan menghubungi Talian Hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012 ini, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari bekerja.
Ketiga, selain membuat panggilan, pemohon juga boleh membuat pertanyaan menerusi email ke belanjawan2012@treasury.gov.my
Bagi yang gagal dalam pemohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pemohon boleh la membuat rayuan dengan menggunakan borang khas yang boleh diperolehi di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)dan agensi² kerajaan yang berkenaan atau pun muat turun di laman web http://www.treasury.gov.my/
Untuk pengetahuan anda juga, buat masa ini, semakan secara online menerusi laman web tertentu, memang tak ada lagi. Jadi kepada yang ingin menyemak tu. Harap banyak² bersabar k. Nanti sekiranya ada, saya akan updatekan disini
Sumber Rujukan: Anastasyea
No comments:
Post a Comment