Haii pEEps !!
aNd weLcOme nOvEmbEr (^_*)
aNd weLcOme nOvEmbEr (^_*)
fUhh...kEjaP jE dAh naK HaBis tAhUn 2011 kaN
oK2, nOw mEh teNgoK aPe aKu naK sHarE laGi haRi nIe
teTeBe raJiN bW sO teJumPe inFo paSaL tOpiC dKt aTas tu
oPsss...sEbeLum tU aKu naK baGi taHu nI
aKu WaT enTry nIe jUst tUk sHarE iNfO aPe yG aKu dPt maSe BW jE oK....xDe kEnE mEngEna dGn yG hiDuP maHu puN yG tELaH MEniNGgaL dUNia...sO x paYaH lA aDe yG naK tEraSa oR aMik HaTi oK !
SeMua waNita naK kaN KeKaSiH / BaKal sUami yaNg baiK waLauPun taK pErfEct, bEtuL taK? aLmakLumLah kEraNa LeLaki iTu aKan mEnJaDi keTua rUmahTaNgga daN jUga peLinDuNg kEpaDa isTeRi daN aNak-aNakNya keLaK
PaDa zaMan sEkaRanG niE, aGak sUkaR baGi sEseoRaNg waNita iTu uNtuK mEncaRi caLoN sUaMi yaNg baiK daN soLeH, sO waNiTa aKaN bErfiKir dUa tiGa kaLi sEbeLuM menDiRikaN rUmahTaNgga.
AnYwaY, jOm BaCa aPakaH ciRi-ciRi leLaki-leLaki yaNg AkAN DAn pErlU diJaUhi waNiTa unTuk mEncaRi KeKaSiH / BaKal sUami
♦
♦
♦
♦
♦
♦
♦
♦
♦
♦
♦
♦
♣ HIPOKRIT
ataupun suka berpura-pura. Depan-depan kita dia cakap lain, belakang pulak lain. Siapa lah nak lelaki camnie, kan? At least berterus terang je lah tentang perangai anda yang sebenar… and then it’s up to the lady whether to accept you or not, right?
♣ PLAYBOY
ah ha… wanita kena berjaga-jaga sikit dengan lelaki playboy atau ‘land croc’ aka buaya darat’ nie.. huhu. Jangan mudah tertipu dengan penampilannya yang baik dan sopan. Wanita kena selidik dulu latar belakang lelaki yang bakal menjadi teman lelaki/suaminya tue kerana takut silap-silap haribulan nanti, nama anda akan menjadi salah seorang ‘mangsa’ yang tertulis di dalam buku hitamnya nanti. So, berwaspadalah…
♣ PEMARAH
wanita tak suka lelaki yang suka marah-marah. Kalau nak marah pun, biarlah bertempat, tak gitu? Misalnya, kalau ko dapat tau gf / isteri ko tengah berdating dengan lelaki lain, memang patut lah ko rasa marah. Tapi jangan pulak anda ‘ringan-ringankan’ tangan. Sebaliknya, ambil sikap bersabar. Mana tau kot-kot gf / isteri pun cari lain sebab suaminya terlalu pemarah dan bengis… :-)
♣ CEMBURU
Cemburu tandanya sayang, tapi kalau sudah keterlaluan itu cemburu buta namanya! Boleh dikatakan kebanyakkan kaum lelaki di zaman sekarang ini, masing-masing mengamalkan sikap mengongkong ini wujud kerana adanya syak wasangka dan tidak yakin terhadap pasangannya yang secara tidak langsung turut menimbulkan rasa cemburu yang keterlaluan dalam dirinya. Kebanyakkan wanita takkan tahan dengan sifat cemburu ini! Rimas la.
♣ GANAS
Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.
♣ GERUMAL
Bahasa Kedah -bohong atau tipu.
Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2. Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.
♣ TERLALU MEMENTINKAN KAWAN-KAWAN
Wanita selalu makan hati apabila lelaki lebih mementingkan kawan-kawan mereka. Demi bertemu kawan-kawan untuk melakukan aktiviti bersama ataupun hanya melepak, lelaki sanggup mungkir janji untuk bertemu. Jika sesekali, mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah namun apa pula jadinya jika ia sehingga menjejaskan masa bersama si dia?
♣ TIDAK TAHU MENGHARGAI
Kenapalah ramai sangat lelaki yang tidak pandai untuk menghargai wanita? Bukannya mereka tidak sedar tapi memilih untuk buat tidak tahu saja. Wanita akan berasa sangat gembira jika lelaki tahu menghargai apa yang telah mereka lakukan. Namun bukan maksudnya wanita inginkan balasan, cukup dengan ucapan terima kasih. Tidak salah jika memuji atau memberikan hadiah mengikut kemampuan.
♣ KAKI JUDI
Lelaki jenis ini sngt2 la harus dijauhi. Lelaki jenis ini bkn sahaja menyusahkan kaum wanita pada masa skrng malahan akan menyusahkan sehingga masa akan dtg sekali gus akan menyusahkan kesemua ahli keluarganya. Pada awal perkenalan jika teman lelaki telah menunjukkan sikap kaki judi nya, wanita harus la berjaga2 dgn hal ni kerana lelaki yg kaki judi susah untuk berubah. So fikir2kan la
♣ PISAU CUKUR
Jgn tak tahu ade jgk lelaki mata duitan atau pun 'lelaki spedo'. Meraka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 mcm alasan. Lelaki jenis ini lebih senang duduk melepak bersama kawan. Teman wanita yg disuruh untuk menangggung sara hidupnya. Kebiasaannya lelaki seperti ini suka mcari teman wanita yg 'berada' atau berkerjaya untuk memudahkan dia mengikis duit teman wanitanya. Apa cerita ni?? Dimanakan letaknya maruah kaum lelaki yg sepatut lelaki yg menanggung sara hidup wanita. So fikir2 kan la
♣ PEMALAS
Lelaki yang malas bekerja, malah lebih selesa hidup menganggur. Lelaki jenis ini jgk lebih suke melepak dari bekerja.Lebih buruk jika lelaki itu asyik minta duit pasangannya. Lelaki jenis ini juga perlu dijauhi.
♣ KAKI PUTAR BELIT
Wanita akan mula hilang sabar apabila lelaki mula menunjukkan sikap putar belit alamnya. Apalah salahnya jika mengaku sahaja kesalahan yang telah dilakukan dan tidak perlu putar belit cerita. Wanita tidak perlukan lelaki seperti ini yang hanya tahu untuk melepaskan diri saja. Sesetengah lelaki sanggup melakukan apa saja asalkan wanita percaya sekali gus melupakan kesilapan yang telah dilakukan. Setiap wanita sukakan lelaki yang bersikap jujur dan adakah ia terlalu sukar untuk diamalkan?
♣ KURANG MENGAMBIL BERAT
Kenapalah lelaki suka bersikap sambil lewa dan tidak fokus dengan apa yang dilakukan? Namun apabila bercakap tentang diri sendiri, mereka buat bersungguh-sungguh. Bagaimana pula dengan pasangan? Wanita juga memerlukan perhatian daripada lelaki. Tidak perlu jaga dari segala sudut namun memadailah jika tahu untuk mengambil berat. Mungkin lelaki merasakan wanita zaman sekarang sudah pandai berdikari namun wanita tidak dapat lari dari sifat ingin dibelai dan dimanja.
♣ MAIN KAYU TIGA
Rasanya tidak perlu diberitahu lagi berapa banyak perhubungan yang putus dek masalah yang satu ini. Wanita boleh bersabar dalam banyak perkara namun jika lelaki mula bermain kayu tiga, jawabnya wanita akan angkat kaki. Wanita akan berasa dipermainkan apabila lelaki mencari wanita lain sekali gus curang terhadap hubungan. Wanita mahu lelaki menjadi seperti apa yang sering mereka ucapkan iaitu akan setia untuk selama-lamanya.
♣ LELAKI MEROKOK
Ini salah satu sifat lelaki yang melemaskan kaum wanita.Asyik berasap sana sini sampai naik lemas dibuatnya dengan bau asap dan rokok.Dalam sehari boleh habis sekotak rokok, kalau habiskan duit pada makanan ada faedahnya juga ni tidak asyik sedut asap rokok yang tidak menyihatkan tu.Kalau asap 2 beri kesan pada diri sendiri j tak apa juga ni tidak memberi kesan pada orang sebelahnya.Kadang kala wanita menegur bkn apa kerana mereka syg dan tidak inginkan orang yg disayang jth skt.Lagipun mereka tak nak teman lelaki hbskan duit dengan merokok.
♣ KAKI MABUK / KAKI BOTOL
Lelaki jenis ini lagi juga harus kaum wanita jauhi. Kerana lelaki kaki botol / kaki mabuk ni blh mengakibatkan dia menjadi kaki pukul. Banyak buruk dari baik nye kalo kite bekawan dgn lelaki jenis ni.
♣ PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
So kEpaDa KaUm LeLaKi uBaH la siKaP-siKaP bUrUk yaNg aDa PaDa DiRi aNda aNdai aNda iNgiN WaNita meNyaYaNgi diRi aNda sEpEnUhNya
daN paDa kaUm WaNita, bErhAti-HatI la kEtIka mEmiLih teMaN LelaKi / PasaNgaN hIduP
jIka tErSaLah PiLih NaNti TakuT tErMaKan diRi (makan hati blh tahan lagi tau) daN kEluaRga kElaK
kiTe naK hiDuP bErsaMa-sAmA paSaNgaN kiTe uTk sElaMa2Nya buKan uTk sEmenTara sO fIkiR2kAn daN RenuNg2kaN la yE (*_*)
yezza!! right! kak rose baru jumpe satu dari diatas... HIPOKRIT! ati parah sebab dia... isk
ReplyDeletegerumal, first time jmpa ayat tu pdahal anak org kedah.. hahaha.. nice one!
ReplyDeletekebanyakkn mmg macam ni sekarang
ReplyDeletekak rose : lelaki mmg xdpt dielak kan dgn EGO
ReplyDeletefarhana jafri : hehhe, kite pun baru dngr perkataan tu dari rakan blogger
ReplyDeletesally wannt : betul tu, mmg xdpt dinafi kan....kite la yg harus pandai menilai jika xnk mkan hati kemudian hari =)
ReplyDelete