Friday, 4 November 2011

mAksUd mEneRima diRinYa sEaDaNya

Salam Jumaat sumer...
Dalam kehidupan kita seharian, kita memang takkan terlepas untuk bersuara & berkata-kata bukan? 
Samada suara itu digunakan untuk bercakap dengan diri sendiri mahupun untuk berkomunikasi dengan orang lain. Dan oleh sebab itu juga, pelbagai kata-kata yang dapat kita perolehi setiap hari samada dalam bentuk analog mahupun digital. Err, boleh tahan bangang juga intro untuk entry aku kali ni.
Baca je la wahai sahabat sekalian (^_~)


"Kalau sayang pada seseorang, kita kena menerima diri dia seadanya.."

Well aku mau tanya, apakah maksud menerima diri dia seadanya itu?
"Kita tak boleh ubah dia... kena paham & terima perangai dia, kesukaan dia & bla bla bla.."
Bagi aku, ini pendapat aku lah, menerima diri dia seadanya itu maksudnya menerima dari segi fizikal saja. 
Terima saja rupa paras dia macam tu, fizikal dia macam tu. 
Dari segi keperibadian? Ada yang boleh terima & ada yang tak boleh diterima. 
Kenapa aku cakap macam tu?
Korang sanggup tak tengok bakal isteri / bakal suami / isteri / suami korang masih dengan habit & perangai mereka yang tak elok? Contohnya, tak solat, tak puasa di bulan Ramadhan, suka ber'clubbing, kaki arak, kaki judi, kaki pompuan, penipu,  makan duit perempuan dan lain-lain yang seumpamanya?



Jadi, kalau kita betul-betul sayangkan seseorang itu, bantulah & bimbing lah mereka supaya berubah ke arah yang lebih baik. Tak gitu?
Yang patut terima seadanya ialah rupa & fizikal mereka. Dah macam tu pilihan korang kan?
Takkan la tunang korang hidung tak berapa nak mancung, korang surung dia buat pembedahan mancungkan hidung. Kalo kurus blh la lagi disuruh diet kan. Ish, tak patut..Tak patut.

Renung-renungkan la dan selamat bertindak (^_^)


No comments:

Post a Comment